Monday, November 10, 2008

Permata Yang Hilang

Aku terjaga tidur malam, mengidamkan drama radio yang bagus.

Aku sememangnya meminati naskah-naskah agung Neil Gaiman yang diadaptasikan ke bentuk audio.

Malah, dalam komputer aku sekarang pun, aku mempunyai rakaman versi audio cerita-cerita penulis paling hebat dan agung dalam dunia ini.

Murder Mysteries dan Snow, Glass, Apples. Nicholas Was dan Neverwhere. Dan juga rakaman bacaan umumnya - Shoggoth's Old Peculiar, Being An Experiment, satu ccerpen tidak bernama dari American Gods.

Neil Gaiman bukan hanya penulis paling hebat di dunia. Dia juga pembaca yang hebat. Dan dia praktis dengan membacakan cerita untuk anak-anaknya.

Kadang-kadang, aku memasang Sin City - novel grafik agung Frank Miller yang diadaptasi ke layar perak, dan aku buat kerja aku. Tak tengok pun visualnya. Aku cuma dengar audionya. Pasal best!

Setiap bait dialog meremangkan bulu roma aku. Aku memang minat pulp. Novel Inggeris yang aku karang sekarang pun mengikut tradisi pulp.

Kalau rancangan TV, aku boleh dengar sahaja CSI: Crime Scene Investigation. Suara setiap seorang pelakonnya memang best. Malah, Sara Sidle (Jorja Fox) yang muka macam jantan tu pun aku akan tutuh juburnya kalau dia bercakap dengan aku sepanjang malam.

Kali pertama aku mendengar dan menghayati drama audio, semasa di sekolah. Cikgu Bahasa Inggeris aku, Razianna Abdul Rahman, memasang kaset (kaset, yo!) satu cerita yang aku tak ingat tajuknya.

Kagum, aku baca cetakan di luar kaset tersebut. Aku dapati, hanya SEORANG yang membuat SEMUA suara yang ada. Dari suara raja yang garau, hingga ke suara seekor syaitan kecil, hingga suara keldai. Gila!

Selepas itu, semasa menonton kartun (aku memang ketagih kartun), aku dapati satu kartun lama yang sudah aku lupa tajuknya, pasal ikan paus yang boleh menyanyi opera.

Ikan paus tersebut boleh menyanyi tenor, baritone dan bass, kerana dia ada tiga anak tekak.

Tragedi - seperti angsa yang bertelur emas, paus tersebut dibunuh kejam oleh seorang pemburu ikan paus. Kerana disangkakan ikan paus itu telah menelan tiga orang penyanyi opera yang hebat.

Kau tahu apa yang gila? SEMUA suara dalam cerita itu juga dilakonkan oleh orang yang sama. SATU orang sahaja!

Maknanya, dia boleh menyanyi tenor, baritone dan bass dengan baik, mempunyai suara yang bagus sebagai narrator, malah boleh membawa watak kapten kapal selayak Ahab dan anak kelasi yang seakan Starbuck.

Dan kartun ini dibuat pada tahun 50-an.

Rasa macam nak nangis. Kenapa dia tak kaya macam Britney Spears? Kenapa aku tak tau pun nama dia? Kenapa aku lupa? Kenapa SATU kartun 15 minit yang dia hasilkan?

Kemudian, semasa di kolej, aku tertonton filem Welcome Back, Mr McDonald - sebuah filem Jepun berkenaan drama radio. Memang hebat. Dan kadang-kadang, menyebabkan aku senyum sendiri pasal apa yang aku lihat dalam filem itu sedikit sebanyak memang kena dengan apa yang aku lalui, bekerja untuk produksi.

Aku juga sekarang mempunyai bacaan Fox in Socks karya Dr Seuss, koleksi cerita fantasi dari Yertle the Turtle ke the Musicians of Brehmen.

Drama radio/audio - seni yang semakin hilang.