Friday, June 24, 2011

Kitaran Asura: Dapat Terpijak

Hari ini, ramai benar orang yang nak menolong aku. Terima kasih aje yang dapat aku balaskan.

Aku ditawarkan kerja, dan walaupun aku tak ambik sebab dah ada tawaran-tawaran lain yang aku tengah berkira-kira untuk terima, aku masih berasa terharu.

Kemudian, ada pula kerja menulis bebas yang memang aku jarang tolak. Kerja dengan orang professional ni senang. Hak kau dijaga. Duitnya tepat pada masa.

Aku amat pentingkan perihal penjagaan hak pekerja, pasal aku tau apa yang terjadi dan berapa banyak penipuan di luar sana.

Aku cuma bersyukur yang setakat ini, pelanggan aku masih reasonable. Yang tak reasonable, aku takkan ambik lagi dah projeknya. Menyusahkan aku je. Aku tak ada masa nak layan orang gila dan politik nusa bangsa yang pukimak.

Aku penulis. Masa aku, untuk menulis, bukan untuk memuaskan ego babi sesetengah anak-anak anjing pukimak lancau.

Ni pun berlambak deadline kat depan aku ni. Aku takde masa untuk dibuang. Pergilah mampus yang lain.

Kitaran Asura: Kisah Orang Masuk Syurga

Aku ni, dengar banyak cerita dalam beberapa tahun ni, apabila jenis orang yang pandai agama sikit, bukak kompeni, semua nampak Islamik, sampai nama pun nak bahasa Arab and serba lengkap perasa, perisa dan bumbu penyedap syurganya lah. Serba sempurna panji-panji Islamiahnya.

Dan kemudian, aku dengar, daripada rakan-rakan, yang mereka inilah penganiaya besar. Mereka inilah penipu besar, dan tiadalah yang lebih kejam, zalim dan menganiaya melainkan mereka ini yang bertopengkan keagamaan.

Dengan bertopengkan keagamaan, mereka dikatakan mencuri hak pekerja mereka. Mereka mencuri dan makan yang haram. Bila ditanya, mereka salahkan undang-undang.

"Aku tak salah, sebab undang-undang membenarkan aku buat begini."

Kalau macam tu, aku pergi culik anak kau, bawak lari ke US, bunuh dia, pastu claim aku gila dan lepas hukuman mahkamah kat sana, kira takpalah, pasal ada undang-undang yang benarkan?

Ini bukan benda baru, dan bukan satu sahaja kisah yang aku dengar. Aku pun tak boleh nak buat apa, kecuali jadikan kisah sempadan.

Ramai manusia kat luar sana, kebanyakannya jahat-jahat belaka. Tak kiralah topeng apa dia pakai. Islam ke, Kristian ke, hip-hop ke, apa lancau ke. Semua orang jahat, sampai dibuktikan baik.

Aku cuma boleh bagi jaminan yang kalau kau cuba nak jahanamkan aku, aku akan mendedikasikan keseluruhan hayat aku untuk membalas dendam. Tanpa belas, tanpa benci. Cuma kesejukan sepandang layang.

Wednesday, June 22, 2011

Fixi: Ulasan Novel Cekik

Setelah membaca novel Cekik karya Ridhwan Saidi, ego aku berasa terancam, lantas aku ingin menulis tentang diri sendiri sebelum aku menyentuh novelnya.

Berhati-hati apa yang kau pinta.

Beberapa bulan lepas, aku masuk ke dalam pejabat dan berasa kosong. Aku takde kerja. Aku makan gaji buta. Sebenarnya, aku ada tugas, cuma aku selesaikan dalam masa beberapa jam sahaja. Tidak lagi seperti dahulu, bila aku berhempas pulas untuk menyiapkan sesuatu.

Aku berasa dunia ini kosong, seolah-olah kewujudan aku tiada makna. Lantas, aku meletak jawatan dan keluar ke dunia yang serba luas, tapi telah aku batasi agar tidak melebihi laluan LRT. Lebih dari itu, teksi caj macam orang gila.

Aku ingin menulis novel, menulis filem, siri TV, blablabla. Aku dapat semuanya, sampai aku tiada masa untuk menulis novel, filem mahupun siri TV.

Maka selepas novel Pecah, aku tiada masa untuk buat banyak perkara, termasuk menghabiskan novel Cekik yang sudah aku mula baca lama dahulu.

Aku boleh beri seribu alasa, namun semuanya tidak benar. Aku tak tahu mengapa, tetapi aku terhalang untuk membaca novel ini. Bukan disebabkan prosanya atau cerita/tema/topik novel ini, tapi mungkin sebab aku ni seni habis atau, kalau nak jadi lelaki Melayu, aku salahkan awek aku, pasal aku baru ada awek.

Apapun, Cekik ditulis dengan hebat oleh Ridhwan Saidi. Aku sentiasa rasa tidak selamat semasa membaca novel ini, sebab aku tak tahu apa yang Ridhwan akan tulis lepas itu. Aku tak tahu ke mana pulas ceritanya, ke mana jatuh/timbul wataknya.

Oleh itu, aku sentiasa terhibur dengan penceritaan Cekik.

Temanya agak berat dan lucah. Cukup kalau aku katakan yang novel ini diasaskan secara longgar daripada kisah Oedipus. Bukan itu saja. Ada banyak elemen onani, liwat, sumbang mahram dan fetish yang diusulkan oleh Cekik.

namun, ini bukan pornografi. Istilah pornografi lebih mendalam daripada hanya berlandaskan seks. Pornografi itu bukan lucah, tetapi melucahkan. Malah, isu bangsa juga pornografi. Contoh, berita paderi Kristian ingin menjadikan agama mereka agama rasmi, pada aku adalah pornografi.

Perkasa dengan laungan agenda mempertahan dan memperkasakan hak orang Melayu, bagi aku, adalah pornografi.

Apabila pihak Pakatan Rakyat MUNGKIN telah memanipulasi undian di laman web The Star atau apabila kerajaan DAP cuba mengubah cara pemilihan anggota masjid di Pulau Pinang - bagi aku ini semua pornografi.

Video seks 'Anwar Ibrahim' bukan pornografi, bagi aku. Usahanya selama lebih 20 tahun meyakinkan rakyat Malaysia yang dia tidak berdosa, dan menjadi mangsa aniaya politik orang lain, bagi aku adalah pornografi.

Ingat, pornografi itu tidak semestinya lucah, tetapi melucahkan. Bagi aku lah. Pada pandangan aku.

Jadi, elemen lucah dalam Cekik, walaupun menjadi tema tumpuan, tidak menjahanamkan penulisan prosa yang begitu menarik dan berkesan. Bagi aku, sekali imbas, antara semua buku Fixi setakat ini, prosa Ridhwan mungkin ada keliatan dan keteguhan sendiri berbanding yang lain.

Bagi aku, struktur ceritanya tidak penting, dan ditulis seperti hanya mengikut ulitan perasaan sesuka hati. Namun, untuk yang meneliti dengan 'mata burung', mungkin ada rongga-rongga kecil yang tidak rapat. Namun, bahasa dan penulisan Ridhwan terus menjadi tarikan utama.

Apapun, hanya untuk 18 tahun ke atas, dan yang berfikiran matang sahaja.

NEXT: Penunggang Bertopeng Kougar, Dendam Berahi dan Kasino Di-Raja! (entah bila aku nak abis baca)

Monday, June 20, 2011

Jejak Kelana: Sinar Di Hujung Kegelapan

Selepas aku meninggalkan suratkhabar tempat aku bekerja, aku memutuskan untuk berjalan di jalan pedang.

Selepas empat bulan, aku telah bekerja dengan ramai orang dan ramai jenis orang. Pengembaraan aku membawa aku dari sempadan Malaysia-Siam di Langkawi, sampailah ke bahagian Selatan Selangor.

Aku mula mengajar kembali, di Damansara Jaya, dalam keadaan yang lebih asing, tetapi menyenangkan hati aku.

Rakan-rakan lama dan baru menawarkan aku beberapa benda yang tak mungkin aku tolak. Ternyatalah, apabila berada dalam kesusahan, sesetengah akan menghulurkan tangan untuk membantu - kadang-kadang sebab mereka juga perlukan bantuan aku.

Dan ada yang hanya berlegar apabila aku ada duit untuk belanja makan, atau sebab aku cool dan popular, atau mungkin sebab aku senang dikutuk agar ego mereka dapat rasa sedap dan besar sikit selepas berasa terancam.

Aku berhenti menghisap rokok, sebab aku sakit teruk beberapa bulan lepas. Aku lepaskan rokok, dan aku juga lepaskan benda-benda serta orang yang menyusahkan hidup dan pemikiran aku. Perlukah aku membazirkan masa aku dengan mereka yang tak pernah buat apa-apa melainkan membebankan aku?

Tanpa mereka pun, aku dibebani kerja yang menggunung. Sampai beberapa minggu, aku rasa amat sesak dan tak bebas. Sudah semingu, aku sakit kepala. Aku asyik mengambil ubat tahan sakit. Aku dengar soundtrack House.

Esok, aku tak tau aku cukup kuat atau tidak untuk keluar rumah, pergi ke Shah Alam untuk mengawasi satu lagi projek yang harus disiapkan.

Tapi, aku tau, walaupun aku amat amat sibuk sekarang, dalam masa sebulan dua lagi, semuanya akan terang kembali.

Tiada apa yang kekal dalam dunia ini. Semua struktur adalah tidak stabil. Dan dalam beberapa minggu, tempurung yang mengekang aku akan retak dan pecah, menjadikan aku bebas sekali lagi untuk menulis apa yang hendak aku tulis sahaja.

Sebab INILAH JALAN PEDANG!

Friday, June 17, 2011

Pembahagian Rezeki

Masa aku kecik, aku suka minuman dalam kotak. Sebab aku pun bersaiz kecik masa itu, aku fikir minuman kotak dibungkus untuk aku.

325ml cukup untuk segalanya.

Aku cukup suka makan paru-paru goreng. Setiap satu bronkiol peparu itu dimasak dan diisi minyak yang menyebabkannya menjadi harum dan garing.

Aku sekarang suka makan siput sedut, sebab setiap siput yang disedut, seperti satu segmen yang amat sedap.

Aku suka bila mak aku menggoreng jejemput yang kecil. Dulu, mungkin sebab malas, dia suka goreng besar-besar.

Aku dapati, kalau makanan diletakkan dalam bahagian yang tepat, makanan itu sendiri menjadi lebih sedap daripada biasa.

Itu sebabnya aku sukakan air kotak, air botol dan sushi. Dan kenapa, walaupun bersaiz besar, aku kurang gemar ayam di kedai mamak.

Sushi, bagi aku, menunjukkan ciri ini dengan paling baik. Setiap keping/buah/potongan sushi itu sesuai untuk sekali ngap. Kalau terlalu besar atau terlalu kecil, sushi itu gagal.

Aku juga suka sesetengah bungkus nasi lemak, sebab kandungannya tepat. Dan kenapa aku kurang gemar makan 'karipap bersaiz besar' atau apa-apa jenis taktik jualan yang mensasarkan surirumah.

Okaylah. Esok aku ada meeting dan benda nak buat. Aku tidur dulu, sambil mengimpikan bungkusan nasi yang optimum.

Wednesday, June 15, 2011

Vagabond: The Kwisatz Haderach!

I just completed two deadlines that has been haunting me for weeks.

FUCK ALL WHO DOUBT ME! I AM THE KING OF KINGS!

Now, I can focus on other things. Pretty soon, in a few weeks, I will meet ALL my deadlines.

When that happens, I can finally be free to do all the stuff I've been running my mouth.

Lots of stuff, but I have never told anyone everything I'm doing. Because I don't know, see? I don't know what will happen and what will come up.

I'm keeping myself open, for I know that the future only happens as the present moment. And we always, always, only have one shot at time. It's like being at a sushi bar and the conveyor belt of life brings things around just once.

Whatever you want to do, whatever you can do, there's only a limited split-second window for you to do that to whatever. Just one shot. One target. So all you need is focus.

I swear, I'll keep on meeting my deadlines, one at a time, one after the other, and one day I will complete everything and I will die.

Pray for me this week. New doors seem to open.

Tuesday, June 14, 2011

House of M: First Class

I got kids.

No, I didn't breed. I didn't adopt any or whatever. But I got kids. I can look at young adults and I can comfortably call them kids.

Met an old colleague at Devi's Corner today. I told him, "Damn, man, now we're old. We used to be the young people."

One day you go to bed an idealistic 23 year old who just got his first real job. The next, you wake up a 31-year-old who just quit his job.

It all happened in the blink of an eye.

I remember one current online giant, who spoke to me about the Internet.

I was trying to sell him the idea of a gaming platform. Something that can be monetised in two-three years.

Instead, he said, "I'm interested in this thing called blogs."

I told him that night what I always told old people - forget the blogs. Flash in the pan. A fad.

Why? Cause I tried convincing another old person that blogs and other online elements will be significant and was given long lectures how print journalism will never die. I did not recognise that back then as fear.

But this one, he was not afraid, and after listening to my weak cover-up of the potential of blogs, went on and started one anyway.

I'll tell you one thing, though, and this is the Truth. This blog, I have never put any advertisement on it. Nada. Not a single one. And yet of everything, including my degree in computer science, this has been the great moneymaker.

I have benefitted more from this small space on the Internet than any of my other projects, and it is through this, I met my current girlfriend.

Do not restrict yourself to shallow value pegs. Used properly, tools of communication can be extremely powerful.

I have established myself in the periphery of the public consciousness using such a simple tool, and I am deep inside your children, and they will betray you in my name.

Sunday, June 12, 2011

Lagenda Adinda

Kita berhenti daripada cakap pasal awek aku atau aku dah ada awek dan tumpukan perhatian pada satu fenomena hebat - Adinda Evans.

Adinda Evans kononnya adalah seorang gadis Melayu beragama Islam (walaupun Evans) berumur 13 tahun yang mengumumkan kepada khalayak yang dia bukan dara lagi, pasal "aku dah maen".

Ramai gila orang Melayu pergi kat blog dia, bagi 'nasihat'. Dan bila orang Melayu kat Internet bagi 'nasihat', rupanya begini:

MelayuA: Ko tak malu ke, kat mak bapak ko, jiran ko? Muka huduh! Ketiak hitam! Oi Budak! nak maen?

- Ni jenis MelayuA, atau Melayu Alpha. Jenisnya adalah mamat atau minah yang suka highlight kesalahan orang lain, biasanya dengan mengutuk dan menghina bahagian badan seperti ketiak, perut dan burit orang. Pasal ketiak mereka putih dan bila berpeluh, keluar mascarpone cheese, perut mereka flat sampai boleh digunakan sebagai timbang air dan burit mereka pulak suci lagi harum, dengan haruman sorga.

Mereka juga akan mempromosi konsep malu kepada orang dan agama berTuhankan seorang tuhan baru - 'orang lain'. Bagi mereka, Jesus, Yahweh, Iehovah, Elohim dan Allah semua tak best dibandingkan 'orang lain' yang merangkumi jiran-jiran dan makcik-makcik menopause gatal tepi jalan.

MelayuB: Ini... buku/filem/wrestling ke ni?

- Ni jenis MelayuB, atau MelayuBodoh. Melayu jenis ni amat self-conscious pasal kebodohan diri sendiri.

Melayu jenis ni akan melaungkan sekuat-kuatnya, berkali-kali, bagaimana dia tahu yang wrestling WWE tu tipu, dan dia faham bagaimana trik kamera dibuat dalam membuat kesan khas filem.

"Ala, ini dia buang wayar je ni. Dia pakai eraser."

"Kalau dia pukul betul-betul, berdarah tu. Ini TAK LEBAM PUN!"

MelayuB tahu mereka Bodoh, tapi amat berharap takde sapa perasan. Bro, semua orang tahu la, mak kau siamang.

MelayuC: Oooh Oooh Oooh Ahhh Ahhh AHh!

- MelayuC bukan Melayu. Bukan manusia pun. MelayuC adalah Cenekoh.



CAPTION: Cenekoh (white-handed gibbon)

Semusim di Syurga: Syaitan Diberi Bunga

Aku rasa, jiran aku jarang balik rumah diebabkan aku.

Pasal kadang-kadang, malam-malam, aku sama ada akan menangis teresak-esak ataupun tergelak mengilai-ngilai.

Aku menangis sebab menonton So You Think You Can Dance, dan aku tergelak dek mengenangkan nasib aku yang ganjil, dan janggal, mungkin harus dipanggil dengan perkataan baru: 'ganjal' dan dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi kelima kelak.

Beberapa bulan yang lepas, tahun lepas lagi, semasa aku memutuskan untuk berkelana atas jalan pedang (aku nak berhenti kerja, buat freelance, tapi aku dramakan sikit), aku memang terasa agak gundah gulana.

Sama ada iya atau tidak, aku dapat rasakan beberapa rakan karib aku semakin menolak aku jauh, mungkin sebab aku bakal bukan lagi editor yang cool, (tetapi mungkin pasal ketiak aku hitam atau pasal mereka dah ada awek atau mungkin mereka sibuk).

Aku juga dapat rasakan anjing-anjing yang menyalak di sempadan kesedaran aku - mereka yang bertopeng-topeng dan bermuka-muka - aku dapat rasakan mereka semakin menghampiri aku, dengan gelak ketawa dibuat-dibuat semakin sedia mentertawakan aku, sekiranya aku jatuh terduduk atas punggung, makan sampah di tepi jalan, atau menghisap konek mereka demi sesudu protein.

Mereka ini wujud. AKu pernah bersemuka dengan mereka. Bercakap dengan mereka. Makan bersama mereka.

Satu perkara saja - Tuhan itu kaya. Dan aku katakan itu bukan dengan kebencian atau kepahitan hati. Aku katakan dengan penuh insaf. Takdelah aku nak pergi ganti sembahyang Jumaat yang aku terlepas, atau puasa berapa tahun aku dah hutang. Maaf, aku tak sealim itu.

Apa yang aku belajar, dalam menangani anjing, adalah menerima kewujudan mereka seadanya.

Aku cuma tahu mengangkat bahu, tersenyum sambil menyembunyikan kesan kotoran tar dan nikotin gigi aku, dan berjalan secara tegak di atas jalan pedang.

Dua tiga bulan lepas, aku sakit. Bronchitis. AKu batuk berdarah dan batuk keluar nanah. Darah, rasanya macam besi berkarat. Kahak bertar, rasanya masin. Nanah, pahit.

Aku batukkan keluar nanah yang berketul-ketul. Warna kuning-hijau atau hijau-kuning; warna jelapang padi.

Aku menanggung derita bronchitis sudah 4-5 tahun. Masa aku kena kali ini, pusingan ini, aku memang rasa lain. Dan dengan menggunakan pemahaman aku pada ego, kendiri dan lumrah serta fitrah manusia, aku berhenti menghisap rokok - sesuatu yang aku fikir aku takkan buat.

Ini adalah sesuatu yang amat mengesankan dalam kehidupan aku. Sebelum ini, banyak perkara dan benda berlegar di sekeliling rokok.

AKu menghisap 3 kotak sehari. RM30 sehari. RM900++ sebulan. Biasanya lebih RM1,000.

Dulu, aku ada insomnia. Sampai ke pagi, pukul 6 atau pukul 7, aku masih tak boleh tidur, dilayan dek rokok.

Sekarang, lepas berhenti, aku letak kepala kat bantal je, aku terlelap.

berhenti merokok juga membolehkan aku makan di tempat-tempat berhawa dingin. Ada air cond, kata orang kampung aku. Dengan suhu Malaysia meningkat sebab orang PIS-M banyak buat dosa, maka sesuailah aku berhenti merokok pada masa sekarang.

Sudah lebih dua bulan, aku tak merokok, rasa aku. Pada aku, dah macam 20 tahun. Hahaha.

Keinginan, ketagihan, datang hanya untuk 1-2 minit selepas makan dan beberapa aktiviti lain. Kalau aku dapat bersabar dan menguraikan ketagihan itu menggunakan Lepasan Arhat, maka aku selamat.

Macam-macam benda jadi. Semasa aku sakit, aku bimbang pasal aku tak kerja. AKu pergi Hospital Pantai, bimbang kalau deadline lebur, hancur-luluh dan aku tak dapat payment.

Lepas baik je, semua deadline dah naik tocang, Job mula datang dan aku jadi macam watak anime yang kena lebih stress.

...

Apa pun, aku sebenarnya menulis entry ni, pasal aku nak bagitau yang dalam kesibukan aku membunuh dewa dua-tiga bulan ni, lepas berhentim kerja kat The Malay Mail, dalam aku jatuh sakit, batuk macam orang gila, dalam aku berenti merokok, dan dalam aku menjalankan banyak kerja baru yang bakal jadi apa, aku pun tak tahu, aku nak cakap sesuatu.

Aku dah ada awek yang melepasi kadar tiga minggu. Bukan berita baru, bukan berita penting. Dialah yang bagi buku-buku ni.

Buku-buku yang aku nak pergi baca sekarang.

Sebenarnya ingat nak posting jiwang, sebab nak berlatih untuk satu projek ni, tapi bukan malam ni kot. Esok masih ada.

Benda-Benda Tak Boleh Nak Cakap

Ya adik-adik, abang Terung datang lagi dengan: Hidangan Tak Boleh Nak Cakap.

Kat depan Abang Terung ada beberapa buah buku:

1. Cerpen-Cerpen Pak Sako

2. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959

3. Maugham's Malaysian Stories, with an introduction by Anthony Burgess

4. Mei 13, Sa-belum dan Sa-lepas

5. Faridah Hanom

Semua buku ini dibawa oleh seorang sahabat yang dikasihi.

Pasal aku memang meminta contoh prosa dan dialog beberapa zaman yang tertentu. Minggu depan, aku harus mengejar pensyarah universiti pula, untuk mendapatkan contoh yang lebih terang.

Lebih penting lagi, aku sendiri harus membuka ruangan bunga-bunga dalam penulisan aku, demi menjana satu lagi karya yang bakal dicemburui ramai.

Hidup Abang Terung, memang macam ni la ye, adik-adik?

Friday, June 10, 2011

Vagabond: Time Lapse

These days, I feel like a character from an artsy Japanese comic book. Or a South American telenovela.

I keep asking myself and those around me, "What day is today? What month is it? What year?"

I am losing the concept and feel of time. The 2011 ING planner I got for free in January is now useless. What I do know is that tomorrow, there is a lunch meet and after that a 3pm meeting, with perhaps something at night.

I have deadlines hovering above my head like multiple swords of Damocles.

This is what it feels like, with 100% capacity - something most people never get to, for better or for worse.

When I quit my post as News Editor at The Malay Mail back in February to focus on my freelance career, I know I was getting into this - the chaotic non-regimented freefalling tilt-a-whirl that can be challenging at times.

Since then, a number of people have come to me for consultation and perhaps support as they too quit their companies. I don't know what they want from me. I do not have a media entity that can hire all these people or provide jobs for them, and my wisdom, sadly, if any, is only for me. It only works for me, and not for anyone else.

I can only say that I live and work the only way I know how - fuelled by what I have seen and read in comics, which has become my Bible.

I have many things that need tending to. Some heavy stuff. And some great ones.

I'm just, right now, in the woods, as I clear off one deadline after another. I believe that after July, my schedule will be very clear and I would be open to many more things that will come my way.

For now, though, I just want to stare at this screen, listen to some songs and drool like an idiot.

Tuesday, June 7, 2011

Intermission: X-roads

This past few weeks, were filled with decisions and changes. I made the dramati choice of quitting smoking and as if realising that something is off, the universe started shifting things like crazy.

I have been offered several things and must now either find the time to do them all, pass them along or say no.

Or perhaps I should start my own company, with my own rules, to manage all the projects. I can't do them all alone anyway. I almost always never say no because even if I don't do it, I would know at least three other people who could do the job as well as I.

So I thank whatever for this busy time in my life and hope that it all keeps coming. I'll be here to tai chi everything.