Monday, March 16, 2009

Khasiat Perbomohan dan Sihir dalam Kesihatan

Seperti diketahui umum, santau ialah kaedah menurunkan berat badan tradisi masyarakat Melayu.

Namun, tahukah anda yang perbuatan bomoh dan sihir yang lain juga mampu meningkatkan kesihatan manusia?

Bukan hanya urut kote ataupun ubat kote yang lain seperti tongkat ali, kacip fatimah, minyak lintah, minyak ikan linang, ikan haruan - perubatan tradisional Melayu biasanya menumpukan usaha dan pengetahuan merawat kote - tetapi ada pelbagai amalan tradisional yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Hantu raya, contohnya, boleh digunakan untuk menggantikan MC. Buat apa ambik MC dan bayar sehingga 50 ringgit, walhal hantu raya peliharaan anda sanggup pergi kerja bagi pihak tuannya?

Pada masa dahulu, hantu raya menjaga kebun. Zaman moden ini menampakkan hantu-hantu raya berupaya mengendalikan jawatan dan pekerjaan tahap tertinggi.

"Dengan menggunakan hantu raya saya, saya mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama anak saya," kata Tan Sri Suangi Toyol. "Anak saya tidak lagi bodoh dalam matapelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris kerana hanya bermain Pokemon setiap hari."

Hantu raya Tan Sri Suangi Toyol juga bersetuju dengan tindakan tuannya.

"Saya mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan," kata hantu raya tersebut. "Peluang yang diberikan oleh Tan Sri memastikan saya mendapat pengalaman dan latihan di tempat kerja sebagai persediaan untuk pasaran kerja yang lebih mencabar."

Tertekan? Kesihatan minda anda terancam? Ingin bercuti? Lupakan Air Asia atau Matta Fair. Gunakan skill rasuk anda.

Pilih mana-mana pramugari pilihan hati, dan rasuk ke dalam badannya. Kemudian, keluar di destinasi pilihan. Tanpa perlukan paspot, tukaran mata wang asing mahupun wang yang banyak.

"Tertekan di tempat kerja (kebun buah-buahan), Saya nampak seorang pramugari ni. Tetek dia best. Jadi saya rasuk dia. Lepas penat, saya tertidur dalam badan pramugari tersebut," kata Pok Jab Tenaga. "Apabila saya tersedar, saya dapati saya berada di Perancis, dalam keadaan berbogel."

Gunakanlah kaedah rasuk untuk memastikan minda anda mendapat rehat yang cukup.

Akhir sekali, perbomohan dan sihir juga menolong mendapatkan gizi seimbang.

Pemeliharaan dan pengembalaan toyol memastikan yang sesetengah kelompok masyarakat yang kurang bernasib baik, masih dapat mencari nafkah pendapatan pada masa kegawatan ekonomi ini.

Wang itu boleh digunakan untuk membeli beras, daging, ayam, ikan, telur, mentega, kekacang, sayur dan sebagainya.

"Setelah menggunakan toyol saya, pendapatan kami sekeluarga melonjak ke aras RM200 sebulan," kata Pak Cik Mat Kompang. "Kenapa sikit sangat? Pasal saya rompak orang miskin sahaja. Orang kaya, lagi besar toyolnya, yang biasa digelar pelabur bertauliah. Duit itu saya gunakan untuk membeli susu anak."

Begitulah serba sedikit khasiat perbomohan dan sihir dalam kesihatan. Diharap agar institusi perbomohan negara meneruskan kajian aplikasi perbomohan dan sihir dalam bidang lain pula demi mencapai Wawasan 2020.

Karangan contoh UPSR