Moyang aku, penceramah agama dari Pattani.
Entah kenapa, aku rasa macam nak memberi nasihat dan memoralisasikan orang lain, walaupun hidup sendiri tonggang-langgang.
Wahai pukimak-pukimak semua,
Berbuat baiklah sesama sendiri, dan janganlah mengadu domba dan berkata nista di belakang satu sama lain. Sesungguhnya khianat-mengkhianati itu amalan orang yang insecure.
Janganlah kamu menganiaya orang yang tidak bersalah (kalau memang bersalah, takpe kot) kerana doa orang tidak bersalah itu memang best.
Hentikanlah perangai banding-membanding keangkuhan diri masing-masing, kerana bongkak dan riak itu adalah kunci kehancuran diri sendiri.
Sikap suka mensabotaj orang lain kelak akan mensabotaj diri sendiri. Kerana kalau kau fikirkan pasal sabotaj kau saja, kau ingat sabotaj orang lain tu tak power? Sampai ke PM, Kadir... (Matinya Seorang Patriot)
Sesungguhnya, kalau hendak diturunkan bala, memang takkan ada bulu yang dipilih, melainkan jatuh semuanya dalam bentuk area damage.
Janganlah menipu dan berbohong, kerana satu hari nanti, Kebenaran akan muncul jua, dan kemarahan Kebenaran itu, amatlah berat, melainkan kepada mereka yang berkata benar.
Usah dilayan perasaan hasad kepada Amir Hafizi Bin Mohamed Sood. Kerana Amir Hafizi Bin Mohamed Sood memang dilahirkan kacak, sasa, seksi, pandai, bijak, berbakat, konek kuat dan jubur harum. Amir Hafizi Bin Mohamed Sood diturunkan ke bumi dengan kerja dan niat yang baik. Usah dengki burung yang terbang di langit, usah cemburu Jerung Gergasi yang berenang di lautan luas.
Berkata baiklah sesama kamu, dan syukurilah rezeki yang dinikmati. Sesungguhnya, kewujudan manusia di bumi hanyalah sekelip mata, dan masa menjanjikan yang kita sentiasa berada dalam kerugian, melainkan orang yang best-best sahaja.