Aku baru nak tido, baruuu je nak terlelap, bila ada orang telefon aku. member lama dengan cadangan baru.
Hu-ha, hu-ha, dah dekat setengah jam aku bercakap dengan dia.
Pastu, aku bukak filem Tekkonkinkreet dan aku mula menonton. Aku tak tau langsung pasal Tekkonkinkreet, walaupun aku ada pinjam komiknya daripada Roy.
Manga Jepun yang pelik. Walaupun aku tak paham dengan apa yang jadi setakat ni, aku rasa terpanggil untuk tulis satu artikel pasal falsampah dan kehidupan. Muahahaha!
Ramai yang cakap kat aku, aku ni sombong. Angkuh. Riak.
Sedarkah diorang ni yang kesombongan, keangkuhan dan kebongkakkan itu cuma boleh wujud kalau ada dua pihak yang terlibat?
Kena ada satu pihak yang bercakap, dan satu pihak lagi untuk MERASA egonya kecil atau diperkecilkan.
Kalau aku menjerit betapa hebatnya aku, sambil berdiri dalam hutan sorang-sorang, kau ingat lipan dalam batang kayu buruk peduli ke tidak?
Mereka yang hanya merasa dan terasa, tanpa memahami apa yang dirasa, samalah macam seorang pemabuk yang minum empat botol whisky dalam jangkamasa tiga jam. Mabuk dan tak sedar diri.
Sama macam pengkhianatan. Kena ada sekurang-kurangnya seorang pengkhianat, dan seorang lagi, sekurang-kurangnya, untuk dikhianati. Pengkhianat dan mangsa khianat. Penganiaya dan yang teraniaya. Perogol dan mangsa rogol. Takkan rogol sorang-sorang kot? Ko rogol apa? Lubang kat tanah?
Hampir semua benda, perlukan penglibatan dua atau lebih pihak. Subahat. Lu pikirlah sendiri.
Apa yang kita nampak dalam diri orang, kita hanya boleh kenal kalau benda tu ada dalam diri kita sendiri.
Aku biasa termenung jauh macam watak novel Melayu, pasal aku susah nak paham kadang-kadang. Aku tak paham banyak benda yang orang buat. Last-last, aku cakap pergi mampuslah kesemuanya.
Kalau aku nak paham, aku kena jadi macam tu jugak. Buat apa aku nak paham? Nak paham orang bodoh dengan jadi bodoh? Nak paham penakut dengan jadi penakut? Nak paham orang dalam denial dan tak sedar diri dengan jadi tak sedar diri? Bukan kerja aku, beb. Tu kerja bapak kau.
Pemahaman ego saja sudah mencukupi. AKhirnya, pada tahap yang paling asas, semua benda tak sedar dibuat pasal ego.
Kau nak berasa besar. Ego kau nak berasa besar. Nak jadi lagi besar. Jadi, kau buatlah apa-apa dan kau rasalah apa-apa. Dengkilah orang. Khianatlah orang. ANiaya orang. Cakap benda buruk tentang orang. Masuk bakul angkat sendiri, cuba mempamerkan imej diri yang baik agar orang pandang tinggi pada ko. Pasal kau nak puaskan ego kau. Nak bagi ego kau besar.
Toksah nak cakap ko takde ego.
Dan kau cakap aku angkuh? Aku bongkak? Aku la pulak.
Tenunglah ke dalam lubang gelap, dan lubang gelap itu akan menenung ko.
Sebenarnya, emmm. Takpalah. Kalau aku jelaskan lebih terperinci, nanti ko cakap aku angkuh. Lu pikirlah sendiri.