Mampukah aku mengajar orang? Kalau diri sendiri pun belum penuh?
Hari ini amat unik. Aku pergi mengajar orang, lepas tu aku pinta diajar. Hahaha.
Pasal detik kita tamat menjadi pelajar, ketika tamat belajar, adalah masa kita mati.
Aku percaya yang maklumat dan pengalaman harus dikongsi. Aku tahu apa yang aku tahu sekarang pun, pasal ramai yang memberi aku maklumat, pengetahuan, nasihat dan pengalaman.
Orang yang kedekut, takkan ke mana. Orang yang takut, takkan jadi apa.
Kalau pasal idea, ilmu dan pengalaman, lagi banyak ko kongsi, lagi banyak ko dapat. Dan walaupun itu betul, bukanlah sepatutnya menjadi sebab utama.
Aku mengajar, pasal aku rasa ada benda aku boleh kongsi. Aku takkan menipu, dan aku takkan ambil kesempatan.
Lagipun, keluarga aku memang keluarga cikgu.
Jap, aku nak call mak aku. Hahahaha!