Tuesday, September 21, 2010

Pasak Bumi! Raja Syaitan Bugis Cina!

Ada sorang sejarahwan yang aku temuramah semasa aku buat Hikayat Merong Mahawangsa. Dia tanya aku, aku darah apa?

"Mak saya Bugis Pahang. Bapak saya Cina," kata aku.

"Bugis-Cina?!" Mata dia terbeliak. Macam nampak hantu.

Apa, ingat aku nak naik kapal, rompak orang pastu pinjamkan balik hasil rompakan dengan letak kadar faedah macam along ke? Gila ke?

Pastu, aku main Heroes of Might and Magic 5, dan aku paling suka jadi Demon Lord. Skill Swift Gating memang best.

Jadi, aku adalah Raja Syaitan Bugis Cina. Pembawa kesejahteraan dan kemusnahan. Lanun-pedagang berekor dan bertanduk.

Aku jumpa banyak spesis lain. Jawa Batak Makan Orang, Jawa Gila Perasan Lawa, Raja India Pekedai Cina, Mamak Asli Berangan Akhir, Askar Jerman Yang Penyedih.

Tapi semua tak best macam Raja Syaitan Bugis Cina!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Aku memang best!