Sepanjang hidup aku, aku sentiasa mengumpul maklumat tak berguna.
Contoh: Tylenol sebenarnya adalah Paracetamol, tetapi dinamakan sedemikian supaya boleh dijual di Amerika Utara. Orang kat sana tak suka Paracetamol, pasal entahlah, ada side effect kat hati kot?
Tylenol/paracetamol digunakan untuk merawat sakit kepala.
Bactrim dan flagyl adalah dua jenis antibiotik yang digunakan secara meluas oleh klinik-klinik biasa Malaysia. Bactrim mensasarkan beberapa jenis bakteria yang biasanya menjangkiti salur pernafasan atau perkumuhan atas badan. Manakala flagyl menentang jangkitan puki.
Kebanyakan gula-gula getah diperbuat daripada getah jelutong. Kadang-kadang, ada bahan yang menjadi julap dalam gula-gula getah.
Kapur makan (sodium bikarbonat?) diperbuat daripada cengkerang.
Kalau termakan buah beracun atau mengalami keracunan makanan, dan kalau tiada farmasi berdekatan, bakar kayu atau kertas tebal, kemudian makan arang. Arang mengandungi karbon yang mampu meneutralkan racun.
Pada zaman dahulu, ada orang yang menggosok gigi menggunakan arang. Arang juga boleh mengenyahkan bau.
Tapai mengandungi alkohol. Yis yang mengalami proses penapaian mengeluarkan air, gula dan alkohol.
Alkohol boleh makan ialah etanol (dua cabang - OH). Methanol (satu cabang) adalah alkohol industri yang boleh menyebabkan buta. Sesetengah todi atau samsu haram menggunakan methanol. Enjoy!
Sabun tercipta secara tak sengaja apabila orang zaman dahulu mendapati yang kain dibasuh di bawah aliran air tempat membakar mayat menjadi lebih bersih.
Sabun berfungsi kerana ia ada dua komponen - satu yang larut dalam air, dan satu yang larut dalam minyak. Kebanyakan kotoran berbentuk minyak atau gris. Apabila sabun larut dalam minyak, air yang dilalukan membawa gris itu pergi.
Pada zaman dahulu, manusia menggunakan minyak sebagai sabun. Minyak disapu, kemudian dikikis bersama kotoran.
Sabun mengandungi glycerine. Nitro-glycerine adalah komponen utama dynamite, ciptaan Alfred Nobel.
John Logie Baird adalah salah seorang yang mencipta TV.
Telefon bimbit direka oleh seorang peminat Star Trek, untuk Motorola.
Pereka tandas pam pertama mempersembahkan rekaannya kepada Ratu England. Dia dihukum bunuh kerana kurang ajar.
Pada zaman dahulu, khidmat penyedut hampagas disediakan oleh lori-lori besar yang pergi rumah ke rumah.
Bomba pernah hanya dibayar selepas kebakaran dipadamkan. Oleh sebab kebanyakan mangsa tiada duit, kumpulan bomba zaman dahulu menjadi gangster dan mengugut orang ramai.
Kacang dalam sos tomato dicipta selepas kebakaran kilang 'kacang dalam madu'.
Marmite dicipta untuk tentera.
Kondom awal menggunakan getas bergalvani - satu bahan yang beracun. Sebelum itu, kaum atasan menggunakan usus bebiri.
Terdapat lebih banyak emas dalam satu tan komputer dan alatan elektronik buangan daripada satu tan bijih emas.
Pringles bukanlah cip kentang, tetapi habuk ubi kentang yang dipadatkan menjadi cip.
Air kosong paling mahal pernah aku minum, harganya RM17 sebotol. Dicairkan dari salji gunung Alps. Bukan aku yang bayar.
Salji moden sebenarnya sedikit beracun, kerana mengandungi pencemaran.
Diramalkan, pada 2012, Singapura dan juga KL akan tenggelam kerana pencairan ais di artik. Kononnya.
Tiada penguin di artik. Penguin hanya tinggal secara semulajadi di Antartika.
Beruang kutub tidak berbulu putih. Bulunya lutsinar. Nampak saja putih.
Titanium dioksida hanyalah ejen pewarnaan dan bukanlah besi.
Bahan yang digunakan untuk mendapatkan cap jari dari permukaan seperti kertas dipanggil Ninhydrin. Untuk permukaan seperti kayu, debu magnetik digunakan.
Cap jari wujud kerana minyak yang ada pada tangan.
Untuk menghilangkan semua kesan forensik, haruslah menggunakan bleach.
Tulang yang tak akan musnah dibakar api adalah tulang pinggul.
Cara terbaik untuk menghilangkan mayat adalah dengan mengeratnya dan memberi makan kepada babi.