Monday, September 20, 2010

Mari Belajar Bahasa Melayu Bersama Abang Terung

Hai adik-adik!

Abang Terung datang lagi dengan... Mari Belajar Bahasa Melayu!

Menurut pembelajaran Abang Terung yang tak seberapa, sebelum wujudnya Bahasa melayu moden, ada Bahasa Melayu Klasik.

Begini cara bermainnya.

Babak 1

EXT Siang Kedai kopi tradisional

WATAK: Aku, Pelayan

Aku
Maka datanglah beta, Raja Syaitan Bugis Cina dengan penuh gegak gempita gendang perang, sampai habis luruh daun di pokok sampai tugillah semua tanaman orang negeri itu. Maka daulatnya sakti Raja Syaitan Bugis Cina, mana jatuh bayangnya, maka situ juga orang mati. Maka banyaklah orang yang mati, seperti ulat taik dalam lubang najis sahaja layaknya. Mana dipalingkan senyumannya dengan gigi yang digilap, putih memancar bak suria pagi sampai silaulah mata kesemuanya. Maka semua yang disenyumnya, yang buta menjadi celik, yang tempang boleh berjalan, yang sembelit cirit-birit, yang cirit bercicir, jadi sembelit. Yang hodoh jadi lawa. Yang bodoh jadi pendita. Orang lemah menjadi perkasa.

Pelayan
Dengan lafaz mentera pusaka, patik si pelayan melangkah berani berdepan dengan Raja Syaitan Bugis Cina. Adapun tiadalah ditenung matanya Raja Syaitan Bugis Cina, kerana takutkan sinar merah saga bak lazer seperti Superman sahaja layaknya. Maka disapanya, lalu patik pun berkata, mau order apa?


Aku
Maka perbuatkanlah untuk beta, barang minuman daun teh yang ditapaikan sampai jadi hitam, disiramnya air panas menggelegak, dan mestinya menggelegak sampai bercerai isi dengan tulang kerana beta tak minum air suam-suam kuku seperti lembu-lembu di bendang. Dan dicampur pula gula dituai dari tebu, dengan butiran pasirnya halus dan sekata setiap biji. Dan ditambahlah ke dalam gelas, bersama susu yang diperah dari lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Dan hendaklah minuman itu dicurahkan bak air jatuh dari gunung, daripada satu bekas ke bekas lain, supaya nampaklah buih bak yang dimuntahkan lembu Wan Empuk dan Wan Malini semasa mencari makan untuk dewa yang turun dari Bukit Seguntang.

Pelayan
Ha?

Aku
Teh tarik satu la, bodoh!

Maka, dengan sumpahan itu, bodoh lah si pelayan. Terlompat-lompat, terkinja-kinja seperti ungka hitam di hutan.


Itu, Bahasa Melayu Klasik. Ini pula, Bahasa Melayu Kuno, yang menjadi bahasa atas batu bersurat adanya...


Babak 1

EXT Siang Kedai kopi tradisional

WATAK: Aku, Pelayan

Aku
Keceprong. Kang kong lang wa. Ti ku la ma nya klong kung tang kung plak puk. Babi! Padi! Api!

Pelayan
Kok ngoyok ngo no?

Aku
Teh tarik satu la, bodoh!

Kcprong ktang tung klikolikutumaktakajiii.


Jelas, Abang Terung memang tak reti langsung Bahasa Melayu Kuno.

Tapi, ada lagi! Sebelum bahasa Melayu Kuno, ada la pulak Bahasa Melayu Purba.

Babak 1

EXT Siang Kedai kopi tradisional

WATAK: Aku, Pelayan

Aku
@#%!!$%^$!%$!%!%^$!%^$!$!%^$!%^$!%^!$^%!(!)!_)!)_!)*!&*!^!$%^!!&*_(!$!%$!@#$%!(!

Pelayan
&!%*!^)_(!*%!@%$%!&*!@^^$@&!)+!)@(&%^@*)(!(+)!*@^&*&@!)!(_+*I@)(&@(*@!

Aku
*%!&*%^&*&(@)_)!*^&@*&%^*@_)!+_@(*&()@!(@+_()@+@+_)

Pelayan
Hah?

Aku
Teh Tarik satu la, bodoh!

()^%%$#$#$(*()^&&%^_(*(_)**%^&


Sekian.