Semasa aku diajak untuk menulis Magika, yang ada cuma beberapa babak, dan idea kasar. Aku nak masukkan banyak lagi kisah rakyat yang aku rasa dah terbiar dan takde sapa ingat.
Namun, selepas mendapat tahu yang orang zaman sekarang ni, Pak Pandir pun tak kenal - ko pun akan terperanjat betapa tak tahunya dan siapa tak tahu Pak Pandir tu sapa - keputusan dibuat untuk mengetengahkan cerita rakyat yang senang dikenali.
Kalau ikutkan ini senarai watak dongeng yang hendak aku pakai tapi tak jadi. Kalau korang senang, cari dan ceritakan kat anak-anak korang:
1. Lebai Malang
2. Sang Kancil dan rakan-rakan
3. Petir(anak) dan Guruh (emak)
4. Kuda Hijau (Lagenda Kuda Hijau. Korang tak pernah baca?)
5. Sang Kelembai
6. Gergasang
7. Pak Kadok
8. Dan lain-lain
Tanah ni, negara ni, kaya dengan banyak cerita dongeng. Aku baca semua ni, masa aku kecik-kecik dulu. Aku duduk dekat perpustakaan. Mak bapak aku pun banyak bercerita.
Sebenarnya, aku agak hairan kenapa kisah dongeng tak diceritakan kepada budak-budak. Orang tua pun banyak dah tak tahu.
Aku ada beberapa cerita lagi yang aku fikir boleh difilemkan, untuk mengetengahkan dongeng Melayu. Sesetengahnya dah separuh siap skripnya. Sesetengahnya perlukan dana.
Kita tengok dalam masa beberapa tahun lagi, kalau semua yang aku rancangkan berjaya dan aku berupaya menerbitkan cerita-cerita ini.