NOTA: INI ADALAH ARTIKEL 'STICKY' YANG TIDAK AKAN DITURUNKAN SEHINGGA BAYARAN PINJAMAN AKU KEPADA PTPTN DILANGSAIKAN (OLEH AKU SENDIRI) ATAU SEHINGGA PTPTN MENUKAR CARA MEREKA MENDAPATKAN KEMBALI PINJAMAN YANG TIDAK BERBAYAR.
NOTE: THIS IS A 'STICKY' POST, AND WILL NOT BE TAKEN DOWN UNTIL I COMPLETED PAYBACK TO PTPTN OR UNTIL SUCH TIME WHEN PTPTN CHANGES ITS METHODS IN RECOVERING UNPAID LOANS.
Sebelum aku berhenti bercakap pasal PTPTN dalam usaha aku memberi tumpuan kepada urusniaga menjual bontot demi membayar 12% faedah pinjaman PTPTN, ini aku kepilkan alamat-alamat berkenaan.
Aku bercadang untuk menulis surat kepada mereka untuk memberitahu perihal masalah PTPTN. Senang je. Surat rasmi. Ko bayangkan, kalau satu juta surat, hard copy, sampai kat diorang ni. Soft copy, dia delete je. Hard copy, dia kena failkan.
Mintak tolong mak bapak dan adik-adik ko tulis sekali.
Kalau korang semua ada pengalaman buruk dengan PTPTN, sila hantar kepada diorang.
Jangan hantar pada aku.
Perlu diingat: AKU TAKKAN MERAYU UNTUK KURANGKAN FAEDAH yang dikenakan pada aku. Atau nak mintak duit free. Kalau ko nak mintak duit free, ko boleh buat kempen ko sendiri. Ini semua bukan tujuan aku.
Aku memang berhutang, dan aku harus bayar. Wajib. Pasal bila aku tuntut apa yang orang lain patut bayar pada aku pun, aku nak diorang bayar.
Tujuan utama aku cuma untuk memberitahu masalah yang dihadapi peminjam PTPTN apabila ingin membayar balik.
Kalau dah cakap, ”Kami takkan terima apa-apa pelan pembayaran.” dan ”Kami akan mengheret ke mahkamah dan mengecaj kadar faedah 12%” serta ”Terpulang pada PTPTN untuk menerima pembayaran daripada kamu”, aku rasa macam berurusan dengan Ah Long je.
Fokus aku pada:
1. Layanan khidmat pelanggan PTPTN daripada semua bahagian yang aku hubungi.
2. Masalah dengan saman dan protokol perundangan.
3. Cara pembayaran kepada PTPTN.
4. Pengenaan kadar faedah sejak beberapa tahun lepas dan BUKAN pada tarikh pengeluaran keputusan penghakiman.
Lepas aku hantar, aku letak kat sini. Korang nak copy, go ahead.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
d/a
Principal Private Secretary to the Prime Minister
Office of the Prime Minister of Malaysia
Main Block, Perdana Putra Building
Federal Government Administrative Centre
62502 PUTRAJAYA
MALAYSIA

Y.B. DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
Menteri Pengajian Tinggi
PEJABAT MENTERI
ARAS 7 BLOK E3 PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 W.P.(PUTRAJAYA)
minister@mohe.gov.my
TEL: 03-88835010
FAKS : 0388891952

En. Yunus Abdul Ghani
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN)
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Oh ya. Simpan semua dokumen yang kau terima, terutamanya daripada firma guaman.
Dapatkan khidmat nasihat peguam. Juga ada Unit Bantuan Guaman untuk mereka yang miskin atau tak kenal lawyer atau bukan lawyer di semua bandar utama.
Lepas dapatkan khidmat nasihat mereka, sila hantar aduan berkenaan firma guaman berkenaan kepada Bar Council:
Salina Lim Abdullah
Malaysian Bar Council Executive Officer
Address:
No. 13, 15 & 17, Leboh Pasar Besar
Kuala Lumpur
Malaysia
50050
Telephone: +603-20313003 (Ext.189)
Fax: +603-20316640
Juga, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN:

Y.B Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman
Pengerusi
Ahli Parlimen Lipis

Y.Bhg. Datuk Idrus bin Harun
Peguam Cara Negara
Jabatan Peguam Negara

Encik Nik Hassan Shah bin Nik Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Kawalan dan Pemantauan
Kementerian Kewangan Malaysia

Y.Bhg. Datuk Dr. Zulkefli bin A. Hassan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Encik Che Omar bin A. Rahaman
Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan)
Lembaga Hasil Dalam Negeri

Y.B. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Ahli Parlimen Tenggara

Cik Mariany binti Mohammad Yit (Mariany & Co.)
Ahli Yang Dilantik Oleh Y.B. Menteri
Aku dapat daripada:
http://www.ptptn.gov.my/web/english/corporate/management
Kalau salah, gambar, sila rujuk di laman web berkenaan.
Diorang semua ko boleh hantar kat pejabat diorang sendiri atau kau hantar je kat alamat PTPTN:
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Kalau kempen aku yang pertama ni tak berjaya, aku akan carikan alamat pejabat diorang dan juga alamat rumah, kalau sampai ke tahap tu.
Perlu diingat, tak perlu maki diorang macam orang gila. Kita ni, orang Malaysia, orang berhemah. Cuma, berikan penjelasan berkenaan masalah yang ko hadapi.
Lagipun, kita ni penghutang yang hina.
Aku sibuk sekarang, jadi aku takkan tulis sampai first week of June. Pastu aku akan hantar. Kalau korang nak tulis dulu, korang tulis lah. Aku akan buat templat kalau korang nak, pasal aku penulis – ini memang kerja aku.
Korang print, tukar nama dan IC, pastu hantar. Hard copy, tau. Soft copy boleh delete je.
Aku jugak akan dapatkan khidmat nasihat dari peguam yang aku kenal untuk pastikan aku tak langgar undang-undang.
Kalau aku dapat respon yang wajar dikongsi, aku akan letakkan di sini. Kat website aku.
Sambil tu, aku akan berusaha keras untuk membayar kembali pinjaman PTPTN. Perlu diingat, kita di pihak penghutang. Hak kita sama macam hak anjing kurap je. Tapi aku takkan membiarkan pengalaman buruk aku berurusan dengan PTPTN hilang begitu sahaja.
Daripada ko undi pembangkang, baik ko hantar surat kepada semua orang ni.Ingat. Takde sapa yang akan tolong kita melainkan diri sendiri.
Dan jangan lupa untuk menyimpan semua surat yang ko hantar/terima. Pastu hantar kat aku imej scan nya.
Saya Yang Menjalankan Tugas,
Setan Kuning