Aku mengantuk, jadi aku tidur.
Don Horror: Tarik Amir ke Ruang Angkasa Setan!
Balaci: Baik, baik!
Narrator: Don Horror boleh mencipta Ruang Angkasa Setan dengan memutarkan paksi bumi.
Aku: Huh? Iyahhh!
Narrator: Amir boleh bertukar ke Baju Syaitan Bugis Cinanya dalam masa 0.05 saat. Mari kita saksikan dalam gerak perlahan.
Aku: Baju Syaitan Bugis Cina!
Kemputar: Baik, baik, Baju Syaitan Bugis Cina akan dihantar sebentar lagi.
Muzik Latar: De red deauuooo. De red deauuuoo. Deauuoo! Deauuuoo! Det det det det det det det det deeeeeng. Det det det det det det det det deeeeeng.
Dalam mimpi aku, selepas mengalahkan Don Horror sekali lagi, aku dah menyeru Tiamat - Naga di Hujung Dunia.
Aku: Tiamat. Naga Di Hujung Dunia. Ke mari!
Tiamat: Apahal bro?
Aku: Takdele. Aku nak tanya. Camana nak lawan hantu?
Tiamat: Cam biasa la. Jangan percaya hantu. Ko pernah kena kacau?
Aku: Tak pernah.
Tiamat: Kau pernah percaya?
Aku: Aku tak pernah peduli pun. Buang masa aku je. Banyak kerja lain boleh aku buat. Lagipun, kalau ada, bukannya berguna. Tapi orang lain, ramai yang percaya.
Tiamat: Banyak psycho je, bro. Lu jangan dekat menatang ni. Nanti orang tuduh lu pulak. Jauhkan diri.
Aku: Ye le...
Tiamat: Lu superhero ke?
Aku: Takk...
Tiamat: Lu Raja Syaitan Bugis Cina. Lu -
Aku: Oklah. AKu nak pergi dengar dangdut la.
Tiamat: Oklah, oklah. Gua pun nak pergi lawan sama Gilgamesh dengan Enkidu.
Aku: Ok, bye.
Tiamat: Bro!
Aku: Ya?
Tiamat: Kalau ada gaduh, lu panggil gua ya?
Aku: Apa kejadah naga gangster la pulak?
Tiamat: Hihihi. Ko taulah aku.