Aku: Mak, keluarga kita ada pelesit tak?
Mak: Kau nak buat apa?
Aku: Nak masuk Olimpik. Nak pecahkan rekod dunia 100m.
Mak: Kepala hotok ko!
Aku: Dah, ramai orang sekarang main tuju-tuju la. Saya nak jugak menuju.
Mak: Kejap ya?
Mak aku bangun, pastu bagi aku lembing pusaka.
Aku: Ni nak buat apa ni?
Mak: Daripada ko tuju pakai hantu jembalang, baik ko tuju pakai lembing ni. Mati jugak orang tu.
Aku: Laa. Buat lawak la pulak.
Mak: Ko tu dah bapak setan. Ko nak pakai hantu buat apa? Sapa berani nak hantar hantu kat setan?
Aku: Betul jugak tu. Saya sumpah je lah, ye mak?
Mak: Ha ah. Tak payah pakai hantu. Macam orang bodoh je. Ko tarik diorang masuk ruang angkasa setan. Diorang takde Naga Gaban atau Kereta Perisai Gaban.