Ada perempuan nampak macam lelaki.
Ada lelaki nampak macam perempuan.
Ada yang nampak baik, tetapi sebenarnya Syaitan.
Ada yang nampak Syaitan, dan memang selalu akan mengaku Tuhan.
Tak perasankah, cermin besar yang aku bawakan?
Aku menari, dari satu orang ke satu orang
Untuk setengah, mukaku girang.
Untuk yang lain, aku mengerang
Akulah Syaitan
Akulah pelacur jalanan
Akulah apa yang kau katakan
Tarian ini, sudah lama aku bawa
Dari Kuantan, di tepi paya
Sampai ke KL - sebuah kotaraya
Semua orang sama sahaja
Pukimak, anjing dan berpura-pura
Mereka sesat dalam dunia mereka
Mendabik dada, kononnya ke syurga
Kononnya hebat-hebat belaka
Kau tahu kan, apa akan ku kata?
Selamat Hidup, dan jumpa di Neraka!