Sementara orang di KL kecoh dengan tanah runtuh, semakin banyak kawasan di Kuantan putus bekalan air.
Bekalan air terputus sejak awal pagi raya dan berlanjutan hingga sekarang. Mungkin semua air disalurkan ke mangsa Bukit Anatarabangsa, atau mungkin pekerja Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang sedang sibuk bercuti di mana-mana yang ada bekalan air.
Sampai pemandu lori pun tidak kelihatan, memandu lori yang lagilah tidak kelihatan, untuk mengedar air kepada orang ramai yang ingin sembahyang, minum dan basuh berak.
Petang tadi, ramai penduduk kampung terdesak sehingga mengambil air di pili bomba.
Kalau ada berlaku kebakaran, Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang semestinya akan pulang dari kawasan percutian mereka untuk memadamkan api menggunakan bantal dan tuala.
Sementara itu, Tenaga Nasional juga tidak ketinggalan menyambut Hari Raya Haji 2008 dengan memotong bekalan eletrik sesuka hati.
Namun, tidak seperti Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang, Tenaga Nasional mengambil langkah pantas dengan menyambung bekalan selepas setengah jam atau beberapa jam. Mungkin selepas terjaga dari tidur siang.
Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang - menawarkan peluang gaji lumayan tanpa melakukan apa-apa kerja.