Sunday, August 29, 2010

Wira-Wira Tempur dan Sihir: Kunci Perang

Aku tengah main Heroes of Might and Magic V. MASIH lagi kat kempen warlock. Bosan nak mampus sial, warlock ni.

Aku dah tawan lima bandar pun, tak habis lagi. Nak suruh aku pergi lawan askar setan.

Nak lawan pulak, kena banyak pakai magik. Kalau aku dah habis manna camana? Bodoh betul la kempen warlock ni. Tak best langsung. Ptui!

Baik kalau ada bahagian kempen Bomoh.

Askar-askar dia?

Hantu Raya. Pelesit. Suangi. Pontianak. Hantu Galah adalah unit besar dengan damage besar. Hantu Hutan paling brutal. Makan orang! Yeaaarrrghhh!

Hantu Tetek adalah unit seksi, pastu boleh cast spell.

Aku menyampah betul la main kempen warlock ni. Dahlah Agrael yang hebat sekarang dah jadi cam lame nak mampus, bila dia tukar jadi Raelag. SPOILER!

Dah elok jadi Demon Lord, nakkkkk jugak jadi Warlock, kan? Macam sial. Kalau aku, aku teruskan jadi Demon Lord je. Cool gila, dengan Instant Gating.

Malas la nak main kempen warlock ni. Tapi... aku tau, nanti dalam kepala hotak aku tak sudah menyusun strategi. Siap pakai kalkulator lagi tu.

Yela. Aku main game bebudak je. Game-game lancau yang orang lain main, aku tak ambik pot. Hehehe.

Setakat ni, dalam semua kempen aku - Castle, Inferno, Necromancer dan sekarang Dungeon, aku pernah kalah lawan dua kali sahaja. Tu pun, pakai hero salah. Adake aku serang town pakai mamat yang ada 15 ketul peasant? Memang la mampus.

Patut Ubisoft ambik aku untuk design game diorang la. Aku best.