Wednesday, January 19, 2011

Sejuk Mata Pedang, Dingin Hati

Dalam dunia ni, takde apa yang kekal abadi.

Semuanya ada pengakhiran, bila tiba masa masing-masing. Terlalu naif untuk mengimpikan sesuatu yang kekal selama-lamanya.

Kalau itu yang diharapkan, maka akan kecewa. Dunia ni fana, semua orang akan mati.

"Semua yang baru akan bertukar menjadi buruk," tulis Pak Samad.

Lepas masuk dalam kubur masing-masing, ha, jawablah sendiri.

Kalau manusia pun mati, apatah lagi perasaan? Perasaan hanyalah tindakbalas kimia dalam otak. Marah, sedih, gembira, sifat keji membelot, persahabatan, semuanya akan berakhir.

Ko makan coklat banyak-banyak, rasa gembira. Ko makan taik, rasa cam taik kot?

Aku cuma seorang Penulis Jalangan. Takde aku nak mengimpikan rumah untuk aku pulang. Sahabat yang setia berjuang bersama (walaupun ada Sunder). Itu semua angan-angan kosong seorang yang terlalu muda. Setahun jagung.

Aku dah tua. Tak lama lagi nak mampus. Aku sedar diri, dan aku sentiasa ingat mati.

Bila aku mati, aku tau aku akan mati dengan aman. Walau macam mana pun aku mati. Pasal aku takde pernah nak bertindak jahat kat orang. Mulut longkang ada la. Tapi nak menikam orang, aku tak sanggup.

Terus terang aku cakap, aku tak berani. Bukan takutkan orang, tapi takutkan balasan Tuhan.

Ya. AKu percaya Tuhan. Terkejut? Walaupun Tuhan aku bukanlah Tuhan yang ada seribu tangan atau jenis yang suka memfire orang tak tentu pasal, aku percaya pada konsep Tuhan.

Bukanlah Tuhan yang gila egotistikal, gila disembah dan dipuja - itu bukan Tuhan, itu engko.

Tuhan yang mahu egonya dibelai? Muahahahaha! Lemahnya Tuhan itu.

AKu cuma tau, hidup sebagaimana aku percaya. Jujur dan terang. AKu percayakan Kebenaran, walau bagaimana pun aku rugi, dicaci, dicerca, ditipu, diherdik, diumpat, dibelot atas sebab pegangan aku.

AKu tak pernah mendoakan keburukan kepada orang, cuma mendoakan Kebenaran. Yang sebenarnya, tak perlu dipinta. Kebenaran akan terserlah jua.

Aku doakan Kebenaran untuk semua orang.

Moga kau akan dapat mencium bau Kebenaran sebelum kau mampus dan masuk ke neraka jahanam.