Sunday, January 30, 2011

Aku Bukan Superhero

Aku tengah tidur, perut mumbu penuh dengan makanan pasal pergi buffet dekat Seoul Garden tadi.

Aku terjaga, pasal ada sorang minah BBM aku macam orang gila.

Dia percaya email dia kena hack.

Aku gagah-perkasakan diri, dan duduk kat depan komputer aku, menengok akaun emailnya.

Pertama sekali, email seorang yang bukan jutawan, bukan dalam bahaya kena hack.

Kedua, hacker betul takde masa nak hack akaun email orang sesuka hati. Buat apa? Ada gambar lucah ke?

Ketiga, email yang menghantar email secara sendiri dan mempromote ubat kuat konek serta pelacur Rusia biasanya berbuat begitu kerana worm atau virus kot?

Keempat, walaupun aku ada ijazah dalam sains komputer dan pernah memasukkan servis mesej pesanan ringkas ke dalam sistem aku, tak bermakna aku boleh mencipta mukjizat atau keajaiban dan membetulkan semua masalah dalam ruang siber pada pukul 2 pagi, selepas makan terlalu banyak dan berlengkar macam ular sawa kekenyangan.

Ingat, aku bukan superhero.