Friday, January 28, 2011

Imbas Kembali Kisah Dahulu: 31 Ogos 2006

Hari terakhir aku di The Malay Mail pada tahun 2006 adalah Hari Merdeka. Juga, dua atau tiga minggu sebelum keluarnya isu seks Weekend Mail yang amat menggemparkan.

(Datuk) Rocky dan para pengarang yang lain sudah keluar lama sebelumnya. Rocky pada Feb 14, bos aku Zainal Alam Kadir pada bulan Jun, kalau tak silapnya.

Mereka semua nama besar, tokoh agung dalam bidang masing-masing. Aku? Aku hanyalah budak hingusan dengan blog mencarut.

Kau tau apa aku buat, pada 1 September 2006? AKu berjalan, macam orang gila, keliling KL. Aku perlu rasa semangat bandar ini. Habis pemfalsampah CM la ni.

Aku jalan kaki je. Jalan-jalan, keliling pusing. Aku tak tau nak buat apa, masa tu. Duit simpanan aku takde, pasal aku bagi kawan baik aku masa tu pinjam. Sampai 20K, wa cakap lu. Dia buat apa? Entah, pergi beli dadah kot. Hahahaha.

Kerja takde. Contacts takde.

Aku ingat lagi, masa tu, cuma tiga setengah orang tolong aku. Tiga tolong gila babi, dan setengah sebab tolong sokong moral je. Diorang, dan jugak arwah Yasmin yang tak keberatan minum kopi dengan aku, cakap pasal buat filem.

Tapi, aku percaya satu benda. Untuk mendapatkan yang baru, kau harus melepaskan yang lama.

Aku dapat kerja membuat prototype majalah. Aku dipanggil tulis buku biography. Norman KRU call aku, suruh tulis skrip, buat filem, buat cerita TV.

Aku senang bercakap dengan orang secara jujur dan telus. Ada satu mamat ni, buat projek 40 juta, offer aku RM100K untuk ikat aku setahun, jadi designated writer untuk projek dia. Projek dia tak jalan pun, akhirnya, tapi aku dapat jugaklah tak banyak, sikit.

Aku buat projek coffee table book. Manage semua benda. Cukuplah untuk beberapa bulan. AKu jadi pengarang majalah kejap.

Ada orang nak bahan publisiti, aku buat.

Sebenarnya, kerja freelance ni, seronok jugak la. Pasal banyak jenis projek yang kau buat. Macam-macam. Aku siap buat iklan, kempen promosi, video korporat, siap buat bunting pun ada.

Betullah apa Yasmin cakap - "Rezeki saya di tangan Tuhan, bukan di tangan Tuan." Dan ini diulang oleh penerbit filem paling berjaya dalam sejarah Malaysia, David Teo: "Reziki di tangan Tuhan." Gua respek lu, David!

Kerja aku, kerja menulis. AKu tahu yang pada 2003, Utusan Distribution sahaja ada lebih 2,000 terbitan yang diedarkan.

Kau nampak semua poster, bunting, papan tanda tu semua? Semua pamhplet, buku, apa saja yang tertulis, apa saja yang dicakap, semuanya memerlukan penulis.

Kalau Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, aku amat yakin aku boleh menulis apa sahaja yang diperlukan, asalkan masa dan kederat aku berbaloi.

Masa tu, tahun 2006, aku bangun pukul 4 petang, aku tulis sampai pagi.

Bukannya jalan mudah. Bukannya senang. Ada jugak la orang cakap aku ambik jalan mudah. Apa yang mudahnya? Mudah, bagi aku, adalah duduk diam dan telan apa aku nak cakap. Mudah, dan benda paling susah. Aku tak boleh. Mungkin aku cacat. Orang lain boleh kot?

Ko tak tau, pada awalnya, aku bergelumang dengan ketakutan. Takut aku makan sampah tepi jalan. Takut last-last aku jadi penagih yang menawarkan servis hisap konek tepi jalan.

Tapi, dengan bantuan mereka yang amat murah hati, dan sikap kerja aku yang aku maintain, keterbukaan dan mungkin jugak doa mak aku, aku takde hal.

Hampir dua tahun aku buat freelance. Aku masih menghabiskan duit di Siam. Malah, aku pergi lagi rancak, pasal aku tak payah mintak cuti.

Last-last, aku ditawarkan bekerja di Astro. October 2007. Penamat masa freelance aku.

Aku percaya, hidup ni macam kitaran. Kejap ke sini, kejap ke sana. Aku cuma harap, aku dapat menghayati pengalaman dan pembelajaran yang sudah aku terima daripada semua yang berlaku dalam masa beberapa tahun ini.

Dan memastikan yang hidup aku lebih tenang, gembira dan terkawal.

Adakah aku tahu apa yang akan jadi esok? Tak. Tapi, ini adalah salah satu keseronokannya.