Monday, January 10, 2011

Cakap-cakap Kosong

Hahaha. Nampaknya, malam-malam berjaga sudah membuatkan aku tak boleh tidur malam. Mujur esok assignment tengahari. Lepas tengahari. Pukul 3, aku kena ke Bukit Jalil.

Tadi, aku beli buah epal dengan limau takde biji kelentit kat pasar malam. Limau ni best, dan buat rumah aku bau cam kena sembur dengan pewangi berbau limau.

Macam yang betul punya, wa cakap lu!

Hari ni, aku berak 3 kali. Aku makan 2 kali je. Gila diet siut aku. Tak boleh jadi ni. Ada aku start motor, pergi cari roti canai ni kang.

Tapi... aku takde motor.

Dulu, masa aku student dulu, aku memang bawak motor. Cuak gila, beb. AKu duk menengok gambar-gambar motor eksiden. Gila seram, walaupun gambar tu semua kat Penang dan orang Penang memang bawak motor atau kereta macam kat Philippines.

Motor aku dulu, motor pinjam. Kriss Modenas. Aku hantar balik kampung dah bertahun dah.

Motor tu takde clutch. Aku menyampah betul bila Melayu-melayu, sungguhpun yang rempit, salah eja clutch. Dia eja macamana, ko tau? Dia eja macam ni: 'class'. Motor takde 'class'.

Bodoh nak mampus. Bangang. Bengap. Tak tumpukan perhatian dalam kelas. Loser nak mampus.

Ni aku menyampah kalau orang yang tak reti mengeja ni membiak. Dah lama-lama, besar, takde kerja. Takde kerja, takde duit. Lepas tu, merompak sana, mencuri sini. Ko sanggup angkut tong gas rumah orang kampung aku?

Oi! Bahalol! Tong gas tu, RM60 je la, bongok! Cuba ko jual sayur kat pasar. Ko tau tak, jual sayur kat pasar tu untung nak mampus? Bahalol!

Projek ikan sangkar tu, untung tu, ko tau?

Beranak reti, dah besar, menyusahkan orang. Kalau menyusahkan takat beginner takpe lagi. Ni menyusahkan dengan mencuri dan merompak.

Dulu, masa aku naik motor dulu, aku tau la port-port mamat-mamat dan minah-minah jiwang ni, kat UM. Ko tau kat mana? Nu, kat atas bukit nu. Kadang-kadang, mamat sama mamat pun ada.

Kalau beromen, aku tak kisah lagi. Ko tau dia buat apa? Takde pape! Diorang tak buat apa-apa! Nak tengok wayang, takde duit. Nak makan, takde duit. Nak bersukan, takde duit. Nak buat apa pun, takde duit. Last-last, duduk atas bukit, tengok jalan.

Gila dukung masalah dunia la, nak relaks-relaks kejap, nak tenangkan fikiran.

Baik ko pergi tengok porn, ada jugak pekdahnya, kata aku dengan penuh judgmental sekali. Ataupun, ko isaplah konek member ko tu. Ada jugak hasilnya.

Haish. Aku dah tua...

Tadi... aku pergi beli ubat bapak aku. AKu bergilir dengan kakak aku, ikut selang bulan.

Doktor dia tukar lagi ubatnya. Kalau dia pergi klinik gomen, dia cuma akan dapat ubat biasa - Stroken, metformin HCl. Sekarang, dengan keadaan dia macam tu, kena beli Galvus Met. Nootrophil dia dah tak ambik dah. Dulu ada Celenid, apa-apa lagi lah.

11 jenis pil. Kadang-kadang dia mogok. Taknak makan, dan sebab tak makan, takleh amkan ubat. Ko tau apasal? Pasal bila aku balik, semua kena masak sihat.

benda pertama aku buat masa bapak aku kena stroke keempat atau kelima, adalah membuang minyak kelapa sawit, tukar kepada olive oil dan canola oil. Olive oil tu bukan untuk goreng. Canola, sunflower, corn oil boleh gak untuk goreng. Tapi takleh deep-fry la.

Aku ajar mak aku nak pan-fry - kurang sikit minyak. Pastu, aku masak dada ayam, aku bake dalam oven. Pastu aku buat salsa pakai pepper, tomato dan beberapa benda lagi.

Bapak aku tak puas hati siut. First time, dia makan. Second time aku masak, dia tak makan. Mogok.

Pasal bapak aku cuma iktiraf ayam yang digoreng dengan kulit. Deep-fry. Dia cuma minum Nescafe, dengan Coffee-Mate, dan Equal. Dia taknak makan brown rice. Dia nak makan nasi putih.

Kalau bapak aku makan nasi putih biasa, confirm dia buta dalam masa kurang setahun. Dia kencing manis. Mana boleh makan benda-benda tu. Jadi, kena beli beras istimewa untuk dia. AKu buat research pasal beras apa sesuai untuk orang kencing manis.

Beras tu adalah double-boiled rice, atau kat sini, orang tua-tua panggil 'beras keling'. Itu adalah beras paling bagus untuk pesakit kencing manis. Tapi bapak aku taknak makan, pasal berbau.

Haish.

Jadi, pakailah beras Taj Mahal, Herbaponni. Beras tu kurang kanji.

Dalam keluarga aku sekarang, cuma ada dua atau tiga orang sahaja yang berani untuk tidak mendapat approval daripada bapak aku.

Kalau nak ikutkan semua yang dia hendak, susah nanti. Bukan aku yang susah. AKu memang sesak pun. Dia yang susah.

"Abah, dengan teknologi zaman sekarang, Abah boleh tersangkut dekat mesin selama 20 tahun atau lebih," aku cuba nak jelaskan pada dia. Kalau masa dia sihat, dia dengar apa aku cakap.

Dia ingat, dia nak mati je. Dia ingat, semua benda simple. Tapi, aku tau yang ada keadaan yang lebih teruk daripada mati. Siapa nak, tersangkut dekat mesin selama 20 tahun? Aku tau, dia pun taknak. Respirator sekarang dah canggih-canggih. Boleh transform jadi robot lagi.

Aku tau dia bengang dengan aku. Makanan dekat rumah dah tak sedap. Well, tak sesedap dulu. Dah kurang rasanya. AKu bawak falsafah masakan Eropah masuk. Dah takde pakai Aji-no-moto, walaupun aku tau, mak aku simpan beberapa paket pasal nak pastikan bapak aku makan. Walaupun, aji-no-moto boleh menyebabkan kanser, kononnya.

Aku ada beli teh herba, untuk gantikan kopi yang dia minum sampai sembilan cawan sehari, lepas tu komplen takleh tidur. Dah, minum kopi sampai sembilan cawan, memang la tak tidur. AKu check ari tu, dah expired dah tehnya. Tak pakai langsung.

Bapak aku memang degil. Keras kepala.

"Aku duduk dalam kawasan rumah aku je, Amir. Benda lain kat luar tu, aku pedulittaik?"

Aku dapat phone call minggu lepas. Kakak aku bagitau, bapak aku cari aku dalam bilik. Dia ingat aku budak kecik lagi.

Aku kena balik Kuantan. Tapi aku sibuk. Banyak sangat benda kat sini, kat KL ni.

Tahun Baru Cina ni, aku nak ambik cuti panjang sikit.