Mencari Anjing Kehausan
oleh Amir Hafizi
Jujurnya, aku tak peduli
Sampai masanya, aku akan mati
Biar Rasul, nabi, mahupun wali
Biar Yasmin, mahupun Zulkifli
Kalau mereka bertanya
Siapakah gerangan aku
Nampak bagai penzina
Yang tidak pilih bulu
Kau cuma beritahu
Aku hanyalah setan kerdil
Setan Kuning yang terpencil
Syaitan yang laknat
Tak suka pakai kain pelekat
Tak biasa berpura-pura malaikat
Yang tahu berapa harkat
Mau dibaca Zabur dan Taurat
Dalam rumah, aku biasa berbogel
Kalau diintai dari tingkap tidak berlangsir
Nampak macam bergedil
Ataupun mungkin seguni pasir
Aku bukan di kalangan
mereka yang suka berangan:
"biarlah aku miskin berpanjangan
"kelak bidadari tak cukup tangan"
Kononnya, kalau miskin di dunia
maka akan kaya pula sampai di syurga
adakah kau sememangnya rasa
takkan dijilat api neraka?
Kalau arak pun kau telan
Bontot jantan pun kau idamkan
Duit rasuah engkau makan
Ko ingat Tuhan nak bagi can?
Usah kau menjual moral kau di sini
Kepada aku, orang yang tak reti
Hidup dalam satu komuniti
yang penuh dengan hipokrisi
Tapi ada satu kemungkinan
Yang menjadi satu pegangan
Satu lubang untuk diberi kelepasan
Kepada mereka yang bergelar insan
Kau cari anjing yang tertiarap kehausan
Kau bagi dia minum, mungkin juga sedikit manisan
Secara tiba-tiba kau diampuni Tuhan
Walau terjebak dalam pelacuran
Pelacuran, oh pelacuran
Masih boleh mengelak daripada pelakuran
Begitu jua semua perbuatan
Yang ditiru dari para Syaitan
Betulkah begitu senang?
Untuk menangkap gambar si kunang-kunang?
Pukimak mak kau, aku dah bosan
Untuk menghabiskan sajak yang tak ada haluan
Bagilah aku gelaran Sasterawan Negara
Pasal aku nak jumpa dengan orang PTPTN, dalam neraka