Wednesday, July 15, 2009

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Nasi Goreng Kari Kambing

Nasi goreng paling hebat dalam dunia kepahlawanan adalah Nasi Goreng Kari Kambing.

Aku tak suka makan kambing. Hampir sama benci aku pada daging kambing dengan daging babi. Baunya memang tak menyelerakan langsung. Hamis semacam je.

Pertama kali aku makan Nasi Goreng Kari Kambing di Kelab Tekan Kebangsaan pada tahun 2003.

Secara serta-merta, aku menjadi Syaitan. Azazel. George Washington. Baphomet.

Aku: Bertukar! Putaran cahayaaaa! Putaran cahayaaaaa!



Caption: George Washington menggilai Nasi Goreng Kari Kambing sampai dia pun bertukar menjadi Baphomet pada tahun 1492.

Kehebatan Nasi Goreng Kari Kambing terletak pada rahsia penyediaan bahan-bahan, termasuk daging kambing yang dimasak dua kali.

Sama macam teknik memasak daging babi dua kali untuk menghilangkan baunya, teknik sama digunakan ke atas daging kambing.

Kari kambing juga dibiarkan semalaman supaya daging itu menyerap semua rempah-ratus yang ada.

Nasi yang digunakan pula, harus nasi sejuk! Kerana nasi yang panas dan masih basah akan menjadikan hidangan ini lembik dan tidak sekata resapan kari kambing dan bumbu penyedapnya.

Sesuai dimakan ketika mendaki gunung, kerana pertukaran menjadi makhluk separa kambing sebagai reaksi, akan menyebabkan si pemakan boleh mendapat kebolehan kambing gunung.

Malangnya, Nasi Goreng Kari Kambing hampir pupus, dan hanya akan muncul kembali selepas pemilik resepinya membuka kedai makanan baru di Bangsar.

Aku tak sabar ingin bertukar menjadi Baphomet, kerana menjadi Setan Kuning tidak cukup untuk mengkesimakan audiens antarabangsa.