Monday, July 27, 2009

Rubber-Tapir: Haiwan Minyak Moden

Pertama sekali, doakan Yasmin Ahmad.

Dah doa? Ok, kita teruskan hidup sebagaimana Yasmin inginkan kita teruskan hidup. Nanti bila kita mati, boleh tengok filem Yasmin.

Apapun, kita rakyat Malaysia sedang diancam oleh satu spesis yang amat ganas - rubber-tapir.

Mari saya jelaskan.

Ini adalah tapir biasa:



Spesis TAPIRUS INDICUS, sejenis haiwan herbivor yang tidak mengancam manusia

Ini pula adalah rubber-tapir:




TAPIRUS RAPIS BRASILIENSIS(Rubber-Tapir) - perogol bersiri yang amat subur

Rubber-tapir mempunyai kebolehan untuk mengubah bentuk dirinya menjadi apa saja yang diingini - termasuk manusia.

Semasa aku di sekolah rendah dahulu, ramai yang mengaku menjadi mangsa rubber-tapir. Atau sebenarnya, ibu mereka menjadi mangsa rubber-tapir durjana.

Apabila ditanya oleh cikgu Bahasa Inggeris, ramai yang menyatakan bahawa:

"My father is a rubber-tapir."

Menunjukkan yang rubber-tapir telah sama ada mengorat atau merogol ibu-ibu mereka dan kemudiannya meninggalkan sahaja perempuan-perempuan itu selepas mengandung.

Perangai rubber-tapir yang keji dan suka berfoya-foya memang diketahui ramai. Rubber-tapir juga suka menanam tebu di tepi bibirnya yang panjang, kerana ramai perempuan yang terpedaya dengan pujuk rayu haiwan ini. Terutamanya perempuan yang sudah berkahwin.

Rubber-tapir juga diketahui sebagai tidak suka memakai kondom dan sejenis haiwan yang amat subur.

"Kami mengetahui kegiatan rubber-tapir yang mengganas sehingga melahirkan lebih 14 anak dengan satu ibu," kata Ahli Parlimen Bukit Lanjan Cik Elizabeth Wong.

"Namun, tiada apa yang boleh kami lakukan kerana spesis rubber-tapir dilindungi oleh WWF. Kami bimbang sekiranya Scottie 2 Hotty datang dan menghempap kami dengan gerakan penamatnya - The Worm."

Berhati-hatilah masyarakat Malaysia! Ancaman rubber-tapir terhadap gaya hidup kita dan kesucian isteri kita senantiasa diancam rubber-tapir - perogol bersiri paling durjana alaf ini!