Thursday, August 6, 2009

Siri Bercakap dengan Yasmin

Sejak Yasmin meninggal, ramai gila yang tampil menyatakan bagaimana mereka dan hidup mereka disentuh oleh pengarah terkenal tersebut.

Ramai yang ikhlas, sedikit - pada pendapat aku - yang menggunakan Yasmin sebagai aksesori fesyen. Secara jujurnya, aku tak fikir Yasmin akan kisah, kalau dia masih ada.

Aku kenal ramai kawan Yasmin, pasal kami dalam industri yang sama. Ada yang melahirkan rasa sedih dengan terbuka. Ada yang, seperti aku, memilih untuk menyepi dan membiarkan sarkas lalu. Sarkas yang dilancarkan penuh gilang gemilang oleh sebuah akhbar harian yang bagi aku amat berani, tetapi tidak mempunyai budi bahasa yang cukup. Kelakar kan? Orang macam aku, cakap pasal budi bahasa.

Dan memberi laluan kepada mereka yang benar-benar terkesan dengan pemergian Yasmin masa dan ruang untuk berkabung dan bersedih. Kaum keluarganya. Anak-anak didiknya (kerana Yasmin mengajar dan membimbing serta membuka mata ramai karyawan dalam industri).

Sekarang, aku rasa dah cukup lama untuk aku menulis kenangan aku bersama Yasmin. Pasal aku kira, semua yang nak cakap, dah habis cakap dah pun.

Kalau hendak diikutkan, aku bukanlah rapat sangat dengan Yasmin Ahmad. Tidak rapat sampai aku pernah bersama dengannya pada setiap tahap kehidupannya. Tidak rapat sampai aku lepak dengan dia berhari-hari.

AKu pertama kali jumpa dia masa kitorang jadi hakim untuk MVA. Masa tu, aku fikir, apahal minah ni? Gila positif nak mampus? Suka benda-benda corny dan cheesy. Sampai aku fikir, dia ni mesti suka makan Twisties kaler merah tu. Snek jagung dengan keju. Hari pertama, kitorang makan dekat kafe Balai Seni Lukis Negara. Dia ajak.

Aku cerita pasal cita-cita aku nak buat filem. Dia tanya, filem apa aku nak buat? Aku cakap, "Sex thriller."

Dia gelak.

Selepas beberapa tahun, dia tanya aku lagi. Filem apa aku nak buat?

Aku cakap, filem pasal bapak aku. Aku nak buat sebelum dia tak ada.

Aku kasi outline. Babak Menteri Besar, bapak aku, ketua kampung, orang kampung, juruukur, kencing tepi jalan. Sebaris. Tempat diorang kencing tu, jadi pintu masuk kampung aku.

Dia gelak lagi. Pastu dia cakap, "If you don't tell your story, I will."

Sebagai seorang budak masa tu, aku dah menggelabah. "Ah sudah," aku fikir. "Kalau orang lain buat cerita ni, aku takde benda nak buat dah."

Aku pun berharap sangat nak masuk dalam bidang produksi, supaya aku boleh buat cerita bapak aku, dengan cara aku.

Tuhan tu kaya. Aku berhenti kerja dan aku berhempas-pulas menggunakan apa saja skill yang ada untuk terus hidup. Antaranya, aku masuk produksi orang. Aku perhatikan apa diorang buat. Aku penulis, jadi aku menulis. AKu ada common sense, jadi aku aplikasikan common sense aku untuk semua benda yang aku buat.

Translasi skill memang sesuatu aku belajar daripada pelbagai pihak, terutamanya Zainal Alam Kadir dan Yasmin sendiri. Dia dulu penulis skrip jugak, dan pernah jadi musician.

Aku percaya yang apa-apa estetika yang kau pelajari daripada mana-mana profession, boleh digunapakai dalam bidang lain.

Bentuknya mungkin berubah, tetapi kandungannya tetap sama.

Aku tak tau kenapa aku tulis pasal Yasmin, lepas tu asyik cerita pasal diri sendiri. Mungkin, Yasmin membuatkan orang fikir pasal diri sendiri. Mungkin juga, aku seorang yang mementingkan diri sendiri.

Gasaklah.

Aku sebenarnya ada nak buat lawak pasal filem Yasmin dalam rancangan komedi. Rancangan komedi tu tak jadi rasanya, tapi memandangkan Yasmin sendiri aku rasa akan menggalakkan gelak ketawa, aku akan kongsi dengan korang sedikit ideanya.

Pepet - filem Yasmin Ahmad yang mengisahkan penerimaan masyarakat pada manusia khunsa dan seksualiti alternatif.

Sepit - Kisah anjing tersepit.

Buta - sekuel terakhir trilogi Orked - Rabun, Sepet, Buta.

Entah kenapa aku tulis pasal Yasmin malam ni. Nak tulis benda lain, tak jalan.

Mungkin pasal aku tak pernah mengucapkan selamat jalan secara betul. Aku tak pergi pun, pengebumiannya. Ramai lagi orang lain. Aku taknak bersesak pasal aku pentingkan diri sendiri. Aku banyak kerja - masa tu, aku tengah mengambik gambar dan menulis di luar KL. Dan aku yakin yang apa aku hendak cakapkan pada dia, aku dah cakap masa dia hidup dahulu.

"Your films will never be in my top 40," kata aku, dalam bahasa omputih. "But I believe they are important."

"Why?"

"Because they show Malaysians that no matter what, there is hope."

Chewah. AKulah pulak kad Hallmark.

Oh well.

Satu hari nanti, aku akan buat jugak filem pasal bapak aku kencing tepi jalan. Kalau aku tak mati dulu la.