AKu menulis ni, sambil mengambil masa rehat daripada projek filem aku yang berikutnya. AKu menulis pakai komputer aku yang sudah dihidupkan semula oleh sumbangan penerbit filem yang memberikan aku motherboard baru.
Dia offer untuk ganti apa-apa saja yang rosak, dan walaupun power supply unit dan motherboard aku rosak, dan aku perlukan water-cooling system, aku cuma mintak motherboard sahaja. PSU ni nanti aku beli lepas masuk gaji.
Hujung bulan, beb. AKu pokai jugak lah. Cukuplah nak makan dan beli rokok, pastu bayar bil eletrik yang dah keluar surat kaler merah.
AKu terharu jugaklah. Pasal kerja aku ni memang tak dapat apa-apa penghargaan biasanya. Kat FFM pun, dia kasi kat Lakon Layar Terbaik. Best Screenplay. Lakon layar biasanya dibuat sama ada oleh pengarah atau pengarah dan penulis skrip, pasal ada jugak yang akan diubah di set. Setakat skrip, apalah yang boleh dibanggakan?
Tapi, aku memang tak cari benda nak bangga. Takde benda aku nak buktikan, pasal kerja aku buktinya sendiri. Kalau buruk, buruk lah. Kalau bagus, baguslah.
Aku sebenarnya, awal tahun ni, aku rasa macam terkandas kat tengah lautan. Takde pendayung, takde kemudi.
Kemudian, aku tengok benda-benda yang membangkitkan semangat aku balik. Namron blah daripada Aswara, walaupun ditawarkan kontrak baru. Dia berani melawan apa yang dia fikir patut dilawan. Mamat tu ada keluarga, ada anak. Kalau aku, memang aku susah nak blah masa tu.
AKu buat suka ati sekarang pun, aku tak takut apa-apa pun, pasal aku memang memilih jalan kera sumbang. Aku takde bini. Aku takde anak. Aku tak bertanggungjawab kat sesapa. Kalau aku mati pun untuk apa yang aku percaya, aku mati tanpa sesal.
Memang aku pilih untuk hidup seorang, supaya diorang takleh nak kidnap anak atau bini aku dan jadikan tebusan. Diorang tak boleh goyangkan makanan anak-bini aku depan aku, pasal aku takde anak, takde bini.
Kalau aku mati, aku mati sorang. Ini bukan janji RPK. Ini kenyataan.
Namun, aku masih ada tanggungjawab. Bukan untuk keluarga aku, tetapi untuk keluarga-keluarga orang yang bekerja dengan aku. Buat filem ni pun, buat projek TV, aku biasa bukak pintu je. Lepas konsep dah okay, aku akan passkan sebahagian kerja menulis skrip kepada orang lain. Bayaran, ko ambik le semua.
Nak tulis semua pun bukannya aku larat. Nak tamak bendanya? Ko ingat kerja ni senang? Pergilah mampus. Idea tahap wira tempur infiniti, tapi nak mengarangnya, sampai aku start isap rokok balik.
Namron punya kes, bulan Februari. Pastu, bila aku tengok orang rajin, aku pun rajin sama. Kawan-kawan lama aku semua dah jadi rajin. Ye la, sesetengahnya dah beranak-pinak. Lain-lain, dah nak tua kerepot.
Dey, SUnder! Ko dah tua siot! Bila ko nak bertaubat? Kamil pun main urut perut macam Yahudi mabuk minum Guiness.
AKu suka tengok kerja orang rajin. Bukannya susah nak jadi rajin. Kalau kau rajin 100%, takde benda ko tak boleh buat.
Ni aku tengah rajin la ni. Kalau aku tak rajin, jadi cam orang yang tak bersyukur. Tau minum kedai kopi je. Aku pun minum kedai kopi gak. Habis semua jenis kopi aku telan. Aku tak heran la setakat kedai kopi. Pergilah mampus. Kalau kat bulan, ye, aku heran. Camana air tu stay dalam cawan? Graviti bulan cuma 0.7-0.8 je graviti bumi.
Dah. AKu nak sambung buat kerja. Demi membalas jasa baik penerbit ni, aku nak ambung tulis dan habiskan malam ni gak.