Saturday, May 22, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa Dan Lain-Lain

Fullamak. Gila teruja aku tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa punya trailer. Sejuk jugak pankreas aku, walaupun PC aku jahanam.

Apa-apa hal pun, aku kena tabik kat Yusry dan KRU Productions. Memang lebih dari sangkaan aku.

AKu jugak nak mengucapkan terima kasih kat semua orang yang terlibat dalam projek ni.

AKu buat pra-produksi sahaja, jadi orang yang aku deal adalah Norman, Yusry, Elmy, O, Kromosom yang jadi bidan terjun buat sketches untuk character design, semua orang yang aku interview, terutama Puan Rohani, Chee yang offer nak buat dialog dalam Bahasa Cina klasik, Stephen Rahman-Hughes yang bagi banyak input berguna.

Juga, krew yang aku tak jumpa, pasal KRU suruh aku develop cerita lain la pulak.

Terima kasih kepada semua stuntman, extras, tukang katerer, key grip, boom operator, second unit, costume designers, pembuat-pembuat set, assistant directors, assistant producers, editors, VFX unit, sound, MPO, pereka poster yang cuma dapat synopsis untuk poster pertama filem ni, bahagian akaun, penari, penyanyi, penulis subtitle, termasuk la pencacai tua pengangkut najis, sekiranya ada.

Tanpa jasa baik dan kesungguhan korang, takdela filem ni. Tak boleh la aku bawak balik, tunjuk kat orang kampung. AKu budak kampung je, beb. AKu duduk tepi paya.

Aku harap, aku dapat tunjuk filem ni kat bapak aku. Dia sakit kat kampung sekarang ni, dan kadang-kadang aku tau dia syak aku ni kat KL jual dadah kot?

Ye la, mak aku call aku hari Jumaat, pukul 12, aku tengah tidur. Aku memang cuti hari Jemaat. Pastu, call aku hari Isnin, pukul 11 pagi, aku masih tidur. Ye la. Syif aku pukul 12.

Aku mintak maaf kat keluarga aku pasal aku lambat bayar Astro sampai kena potong. Aku bayar, tapi lambat. Nak buat camana? Sekarang dah ok balik kan?

Jangan bimbang. Aku tak pernah jual dadah. Ambik dadah ada la. Doktor suruh. Nak buat cemana?

Apapun, aku cuma rasa agak gembira yang filem ni nampak mantap, daripada trailernya lah. Tak sabar aku nak tengok, lepas tu buat filem lain la pulak.

Tapi kena beli motherboard baru dulu. Ni nak tulis pun pakai Blackberry.