Berapa yang ingat lagenda Juara Yang Tewas, himpunan kisah rakyat berkenaan naga Tasik Chini oleh Aripin Said?
Aku baca masa umur aku 11 tahun. Pasal Seri Pahang dan Seri Gumum. Pasal Seri Kemboja. Naga-naga pakai armour.
Masa aku kecik, aku selalu berangan.
Aku orang Pahang, dari suku Bugis diraja yang sesat ke darat. Moyang aku, seorang, dari Pattani. Orang Melayu dari Siam. Dia mengajar agama. Jalan sorang-sorang dalam hutan.
Aku dulu duk berangan, moyang aku yang dari Pattani tu bawak Seri Kemboja. Nak jumpa Seri Gumum, sebelum Seri Gumum dapat sisik emas untuk membalas dendam kesumat atas kematian Seri Pahang yang ditanam di Kubur Tok Panjang.
Sebab tu aku suka pergi Siam kot? Bada-bing!
Hahaha. Hanyalah angan-angan siang seorang budak 11 tahun yang membaca terlalu banyak lagenda naga. Aku tak percaya pada magik, hanya logik.
Ada banyak kisah Seri Gumum dan Seri Kemboja yang aku boleh reka, juga kalau ditulis pasal Seri Pahang sebelum dia mati. Kenapa dia bertapa untuk mendapat sisik emas. Bagaimana dia berjumpa Seri Gumum yang lebih muda. Bagaimana Seri Pahang menjadi pelindung negeri Pahang.
Dengan adanya lagenda naga, aku musykil kenapa haiwan rasmi Pahang bukan naga, tapi gajah. Mungkin ilmu pengetahuan aku belum cukup, dan aku masih seperti anak kecil 11 tahun yang terpukau dengan lagenda tiga ekor naga sakti di wilayah ini.
Yang aku tahu, semasa aku kecil, aku amat mengagumi kemurahan hati Seri Pahang, dan kesetiaan Seri Gumum, juga kepandaian Seri Kemboja.
Mungkin satu hari nanti, aku boleh buat cerita naga ini semula. Hehehe.