Sunday, October 24, 2010

Masuk Bakul Angkat Sendiri: Ketepi, Ketepi, Gergasi Sudah Kembali!

Hah! Amik ko nak sangat!

Magika sudah menang Best Film kat FFM 23. Peeewiiittt!

Sudahlah MySpy jadi Best Comedy Film, Magika la pulak Best Film. Muahahaha!

Sebagai pengarah, memang banyak tanggungjawab terletak kat bahu Edry berbanding orang lain. Untuk itu, tahniah, bro!

Aku hanya memainkan peranan aku sebagai penulis skrip dalam filem-filem ni. Tak tercalon pun, pasal takde kategori skrip. Tapi takpa. Aku tak kisah.

Aku faham, filem ni team effort. Mana boleh buat sorang-sorang, bro. Ko gila ke apa? Jadi tahniah juga untuk semua krew dan pelakon yang terlibat menjayakan Magika dan MySpy. Penat jerih korang aku takleh balas. Bukannya aku producer pun... lagi.

Thanks to KRU, especially Norman pasal bagi aku kepercayaan dan membenarkan aku menjadi sebahagian benda yang best. Banyak aku belajar daripada diorang, sebenarnya.

Dua filem pertama aku tulis, dua-dua sudah menang Best Of itu-ini. Ko tunggu filem ketiga dan keempat. Mungkin kelima dan keenam. Muahahaha!

Kalau campur semua, adalah sikit. Hehehe.

Halamak, member aku dah sampai, nak belanja minum kopi. Kopi je ke? Hehehe.