Friday, October 22, 2010

Noir Dangdut: Noir Conan

Aku seorang penggemar cerita misteri dan penyiasatan.

Semasa aku budak lagi, aku membaca himpunan semua kisah Sherlock Homes yang wujud berkali-kali.

Aku kurang menggemari novel-novel Agatha Christie dan watak cipataannya seperti Hercule Poirot dan Miss Marple.

Namun, aku memang peminat setia siri TVnya. David Suchet memang hebat sebagai Hercule Poirot, ke udara di TV3 setiap hari Jumaat, pukul 4.30pm 20 tahun dahulu.

Dengan montaj pembukaan stail art deco dan tiupan saksofon, memang hebat, untuk aku yang berumur lapan tahun.



AKu juga peminat Murder, She Wrote, lakonan Angela Lansbury yang memainkan watak penulis novel misteri Jessica Fletcher.

Selain itu, siri TV misteri yang aku minati termasuk Father Dowling Mysteries dan game show Cluedo.

Sherlock Holmes masih penyiasat kegemaran aku. Aku kurang minat dengan penyiasat-penyiasat noir karya Dashiell Hammet, contohnya, sebab aku sukakan misteri klasik.

Aku sukakan masalah misteri klasik bilik tertutup.

Masalahnya, setelah membaca dan menonton karya misteri selama lebih 20 tahun, aku sekarang sudah boleh menjangka pembunuh menggunakan struktur cerita. Lebih-lebih lagi, aku dapati agak tidak adil apabila watak-watak seperti Poirot, Holmes dan yang lain, hanya mendapat maklumat yang berguna SAHAJA.

Kalau ditelaah mana-mana orang, kita akan dapat banyak maklumat. Banyak sangat, sampai sukar untuk dipastikan, yang mana maklumat berguna, dan yang mana maklumat tak guna langsung.

Dalam fiksyen, ini senang kerana penulis menipu dengan hanya memberikan satu set maklumat yang hanya boleh memberikan satu keputusan sahaja.

Namun, banyak cara deduksi yang masih boleh digunakan.

Dan, kalau kau perlu tahu, antara cita-cita pertama aku adalah menjadi seorang penyiasat kes bunuh. Muahahaha. Cikgu aku suruh aku jadi peguam. Gila ke apa?