Wednesday, October 29, 2008

Peranti Perantis: Lepasan Arhat

Aku baru terjaga dari mimpi yang dikuasai racauan ubat penenang. Satu hari aku sakit kepala.

Sebagai Deepak Shakur, bacalah Kuliah Syaitan aku:

Sejak lahir, manusia mencari identiti mereka dalam objek.

"Patung Jem and the Holograms AKU.", "Kereta GI Joe AKU." "Rancangan AKU." "Pinggan AKU."

Cuba ambil mainan seorang budak. Kemungkinan besar dia akan merengek kerana "Mainan AKU" diambil.

Walaupun sekejap sahaja, dia akan beralih ke mainan lain tanpa rasa emo atau merengek seperti budak kecik kerana dia memang budak kecik.

Apa yang terjadi ialah budak kecik tadi telah melihat identiti dirinya dalam mainan kepunyaannya. Kalau diambil, maka sebahagian dirinya juga diambil. Dirinya menjadi kurang.

Apabila dewasa, 'mainan AKU' bertukar menjadi 'kereta AKU', 'duit AKU', 'cipap AKU', 'parti politik AKU' dan 'bulu burit AKU', antara lain.

Ini antara sebab sesetengah orang berkelakuan seperti budak kecik apabila sesuatu berlaku kepada 'mainan AKU'.

Mereka berasa yang diri mereka menjadi kurang jika sesuatu diambil dari mereka. Mereka obses mengumpul barang. Mereka pentingkan jenama kerana memikirkan yang jenama akan menambah sesuatu kepada diri mereka.

Betul ke? Entah. Mungkin? Aku tak tau.

Apa yang aku tau, ini ialah antara sebab rasa perkauman wujud di Malaysia.

"Duit AKU." "Tanah AKU." "hak-hak AKU."

Pada mana-mana pihak, jika diambil, akan menjadikan mereka kurang.

Kalau balik semula ke mana-mana agama, pendapat ini bercanggah.

Dalam Islam, hak milik semuanya Tuhan yang punya. Bukan Ahmad Albab yang punya.

Buddhism (yang sebenar) berkata yang keinginan dan nafsu yang sentiasa wujud dalam diri manusia adalah punca kesedihan. Manusia senantiasa berada dalam keadaan dukkha.

Agama Hindu juga tidak selari dengan ketamakan. Malah, pemikiran manusia pun dikira delusional. Minda itu maya, kata mereka.

Kereta Mercedes membawa kebahagiaan?

Iya? Bagaimana?

Kereta Mercedes menunjukkan yang aku berjaya. Aku lebih berjaya, jadi aku LEBIH DARI KAU. Sanjunglah aku?

Salah beli kereta mahal? Tak. Cuma, kalau kebahagiaan itu dilekatkan pada berapa banyak minyak harus diisi dalam tangki, nanti susah kalau jadi kemalangan, atau kalau harga minyak naik.

Jadi semua orang kena jadi sami Shaolin lepas tu belajar Kung Fu la ye?

Tak jugak.

Cuma mungkin relaks sikit kalau dalam hal menentukan hak yang asalnya pun bukan milik kita. Yang satu hari nanti terpaksa kita lepaskan.

Mampukah orang yang tamak berasa puas?

Aku nak seks! Aku nak seks! Jilat biji kelentit! Jilat biji kelentit! Anal sex! Anal sex!

Jap. Aku nak pergi recharge Blackberry AKU.

Nota: Sebahagian kandungan diambil dari A New Earth