Tuesday, December 8, 2009

Siri Bercakap Dengan Setan: Penting Ke?

Aku percaya yang hanya ada beberapa perkara yang penting dalam dunia ni. Makanan. Pakaian. Tempat tinggal.

Benda lain macam Blackberry, pantat, puki, jubur, biji kelentit, mulut jubur, pendapat orang lain, pangkat, status, Toyota Camry, semuanya tak perlu untuk terus hidup.

Semasa usia semakin meningkat, aku dapat rasakan yang makin banyak benda menjadi tidak penting. Drama orang lain, contohnya. Kesalahan orang lain. Politik orang lain.

Benda-benda yang aku tengok sejak dulu dengan rasa penuh minat dan taksub, sekarang dah jadi macam siaran ulangan yang membosankan.

Masa aku lebih bagus digunakan untuk mencari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Aku juga mencari kebahagiaan dan mendapati makanan, pakaian dan tempat tinggal juga tidak menjamin kebahagiaan.

Aku juga tidak dapat mencari kebahagiaan dalam menjahanamkan orang lain. Atau menjadi betul sambil orang lain salah. Tepukan gemuruh atau laungan 'boooo' hanya seketika. Tidak kekal.

Patung berlian pun akan dimamah usia. Inikan pula kata-kata. Inikan pula buah fikiran semata.

Lama-lama, aku dapati, semua benda tak penting. Kau fikir aku betul ke, kau fikir aku salah ke. Disayangi atau dibenci. Semuanya sampah.

Roh atau semangat juga yang kekal. Sebab kalau kau asingkan ego, hanya wujud ruang. Ruang itu sebesar alam semesta. Siapa yang boleh membunuh ruang? Siapa yang boleh melawan ruang?

Hmph. AKu perlu tidur. Esok tetap kekal.