Tuesday, December 1, 2009

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Terbaik di Bawah Syurga

Aku ada hidung yang bengkok. Hidung ini menyebabkan aku berfikir yang manusia bernafas ikut mulut selama 24 tahun(kerana ianya tersumbat sebanyak 80%).

Selama 24 tahun juga, aku makan engan banyak kerana aku sukar merasa makanan tersebut.

Setelah aku merawat hidung aku melalui pembedahan dan mendapat hidung bionik, aku tercari-cari jenis masakan terhebat. Kerana deria rasa aku amat tajam dan dengan hidung yang kuat, aku mampu menjadi perasa makanan terulung.

AKu diberitahu, jenis masakan yang terhebat adalah Masakan Cina. Malangnya, kebanyakan hidangan dalam Masakan Cina berunsurkan babi, dan aku tak suka makan babi.

Tapi, aku pergi jua mencuba pelbagai jenis Masakan Cina, apabila berpeluang.

Aku pergi ke Restoran Naga dan Cenderawasih, dan aku meminta Dim Sum yang tiada babi. Ini menyebabkan kakitangan memasak amat hairan dan tersinggung.

Pelayan: Mana boleh! Kami memang menghidangkan babi! Dim Sum kami, kebanyakannya babi! Kami juga ada masakan Babi Masak Dua Kali! AAAAAAAAAAAAHHHH!

Aku: Ah! Pergi! Pergi! Pergi! Dan bawakan aku set dim sum tanpa babi!

Maka diorang pun bawaklah pada aku, Dim SUm tanpa babi.

Kebanyakannya, siu mai (steamed dumpling) udang. Siu Mai yang segar, tidak melekit. Malangnya, Dim Sum Restoran Naga dan Cenderawasih melekit-lekit macam orang gila melancap.

Kulit siu mainya juga agak tebal dan bosan. Intinya? Sudah empat jam di luar! Mereka menghidangkan aku Dim Sum Masak Pagi Tadi!

Kemudian, ada pau mini dengan inti ayam. Pau Cina berinti daging, biasanya berminyak kerana mahukan intinya kekal di dalam. Malangnya, pau di restoran itu terlalu berminyak, sampai meleleh ke tangan aku.

Selepas itu, mereka menghidangkan kaki ayam.

Aku tak makan kaki ayam, pasal aku pernah bela ayam dan aku tau kaki ayam tu pijak apa.

Aku: Apa ini semua?!!! AAAAAAAHHHHH!!!

Untuk menenangkan kemarahan aku yang bersedia melancarkan serangan Ideo-Motor, mereka menghidangkan Ayam General Tso. Maaf, aku rasa ini restoran lain. Restoran Empat Musim.

Ayam General Tso Restoran Empat Musim dimasak dengan cili dan madu, dimakan bersama roti mantou yang dibuat berbentuk lambang Shell. Setiap roti boleh disiat dan diletakkan ayam di dalamnya.

Ayam General Tso ini memang hebat!

Aku: Cayalah!

Kemudian, aku pernah pergi ke Holiday Villa untuk makan Dim Sum. Kali ini, mereka menghidangkan yang terbaik dan tanpa babi.

Dim SUm berbentuk karipap yang lembut dan panas, memang menyelerakan. Dim SUm goreng pula memang kesukaan aku, rangup seperti wantan goreng.

Namun, keistimewaan restoran Cina di Holiday Villa adalah kuih bulan dengan kulit salji! Snow-skin mooncake!

Ada perisa pandan, kacang merah dan durian. Kemanisan initinya diimbangi dengan tekstur lembut dan tawar kulit kuih bulan. Sememangnya antara kuih bulan terbaik pernah aku rasa.

Aku belajar memasak Ayam Maharaja. Dengan menambah sejam kepada masa masakan, dan menambah kicap cair, aku berjaya memasak ayam kukus yang dagingnya boleh diceraikan daripada tulang dengan mudah.

Namun, masakan Cina yang paling aku suka, agak mengejutkan. Kari ayam! Kari ayam Cina, kari Jepun (kareee), kari Siam, kari India dan kari Melayu semuanya lain rasanya. Malah, kari Kelantan lain daripada kari Johor. Kari Melaka iras-iras kari Pahang.

Kari Siam ada kari merah, kari hijau, kari putih. kari putih adalah yang terbaik.

Kari Cina Malaysia memang aku suka, pasal rasanya yang unik. Tak lemak sangat, tak berempah sangat. Kari ayamnya rasa macam kari ikan.

Kari yang aku pandai buat, versinya ditambah daun kari, cili boh, cili padi dan serai. Kalau aku rajin, akan ada sikit halia dan lengkuas dalamnya. SIkit saja. Bunga Lawang, jintan manis, tu semua kari kahwin yang aku cuma suka kadang-kadang.

Gulai kawah memang terhebat kalau kuahnya tidak pekat kari atau santannya, tetapi pekat air daging lembunya. Ya. Gulai kawah terhebat perlu menggunakan air rebus daging lembu untuk rasa yang enak dan terbaik.

Apabila memasukkan kentang ke dalam kari atau gulai, jaga-jaga. Kentang akan menyerap air, jadi imbangan air haruslah diperhatikan.

Aku fikir, kalau aku bernasib baik, aku mungkin akan ada 10 tahun lagi untuk menikmati semua jenis makanan, sebelum aku harus betul-betul memilih.

Dalam masa 10 tahun ini, aku akan mencari hidangan yang Terbaik di Bawah Syurga.