Sunday, December 13, 2009

Masuk Bakul Angkat Sendiri: MySpy

Aku baru je balik menonton filem pertama aku di alam semesta - MySpy. AKu tak sempat nak tengok minggu lepas pasal dua benda:

1. Aku sibuk macam orang gila. Tahap Ketua Saintis Dunia punya sibuk. Sampai aku nak ambik cuti pasal nak tidur, tapi tak jadi.

2. Aku dengar macam-macam benda buruk pasal filem tu. Aku bimbang jugak, kalau nanti lepas tengok, aku balik rumah pastu pergi ke satu sudut, pastu nangis.

Hasilnya? Aku rasa ok je. Takdelah filem teragung yang akan menang Academy Award, tapi sebagai filem pertama yang aku cuba tulis, (berdasarkan format skrip komik dan skrip TV, sebenarnya, pasal masa tu aku takde Final Draft lagi) aku puas hati dengan kerja aku, dan amat menghargai kerja orang lain yang menjayakan filem MySpy ini.

Filem ni aku tulis dalam dua tahun lepas.

Cerita aku dapat kerja tu, mudah je.

Norman KRU call aku, tanya, "Ko nak buat filem tak?"

Aku pun jawab, "Aku ok je."

Aku ikut cakap tok guru aku, Zainal Alam Kadir.

"Kau dapat apa-apa, kau buat je. Kalau kau cakap kau pandai sangat, kau mesti boleh fikirkan cara nak buat benda tu," kata Alam.

Semua benda adalah logik. Common sense. Dan kebanyakan benda, adalah ciptaan manusia. Maka, sebagai manusia, kita boleh buat pun apa-apa yang manusia lain buat. Rasanya mungkin lain, tapi mesti boleh punyalah.

Aku pun pergilah, terhegeh-hegeh ke pejabat diorang, aku dengar apa client nak. Aku pernah buat skrip animation sebelum tu, skrip TV adalah sikit, dan aku pernah buat advertising dan benda yang aku paling selesa buat - journalism. Jadi, sebelum apa-apa, ko kena dengar dulu.

Bagi aku, KRU adalah client. Diorang nak filem macam ni, macam ni, atas spesifikasi ini dan itu. Okay. Jadi, aku buat le.

Yang bagus, kerja dengan KRU ni adalah, kalau kau deal dengan salah satu adik-beradiknya, dia memang dah tahu dengan jelas apa dia nak. Jadi, senang kerja kau.

MySpy adalah filem genre buddy cop. Odd couple. Cerita lawak. Jadi, aku fikirkan, jenis yang sesuai aku ikut adalah filem-filem Hong Kong tahun 80an, macam Aces Go Places, Tricky Master dan beberapa filem lain yang lawaknya memang hanjing. Macam Benny Hill punya komedi, yang menjadi asas filem Austin Powers. Dan juga Mat Sentul.

Berdasarkan itu, aku tulis skrip MySpy. Aku cuma tulis masa hujung minggu je, pasal aku ada kerja masa tu. Kadang-kadang, aku tulis lepas balik kerja.

Dua tiga kali ding-dong, ding-dong, skrip pun lulus.

Pastu, aku dengar, KRU dapat Afdlin Shauki nak arahkan filem ni. Wah, pengarah tersohor! AKu pun excited gila.

AKu ada jumpa dia tiga kali kat tempat berbeza la pulak, pastu tanya pasal sama ada skrip okay ke idak.

Pastu aku hantar revised edition, dan tup-tup, dah shoot.

Lepas habis shoot, editing dibuat di KRU.

Pastu aku berenti Astro, enam bulan aku bertapa, kemudian masuk The Malay Mail balik.

Ni kira fast forward la ni.

Tiba-tiba, aku dengar dah ada Press conference dah. Aku pergi press conference pasal nak support.

Preview dia, aku tak dapat nak pergi, pasal aku sibuk macam Ketua Saintis Dunia.

Sambil tu, aku ada tulis skrip untuk enam buah filem, dengan filem ketujuh masih di tahap synopsis.

Aku baru tengok hasilnya tadi, lepas dah seminggu kat panggung. Aku takkan cakap kat korang macamana nak terima filem ni, tapi secara peribadi, aku rasa okay je.

Aku okay dengan olahan dan garapan Afdlin dan KRU. Aku juga menghargai sumbangan dan jasa baik pelakon-pelakon dan krew yang membuat MySpy - filem pertama aku, satu kenyataan.

Aku rasa best sangat pasal Adlin Aman Ramlie jadi Supt Nan. Dialog aku nampak hidup, pastu dia ada ad-lib sendiri yang jauh lagi best daripada apa yang aku karang kat situ.

Mamat Khalid pun best gak. Dia punya ad-lib memang buat aku iktiraf dia sebagai orang yang faham pasal keperluan babak. Ridhuan Hashim dengan Mamat Khalid memang bergaya persembahannya. Kalau ada rezeki, nak jugak aku bekerja dengan diorang ni pada masa depan.

Aku puas hati dengan Daphne Iking, Carmen Soo, Maria Farida dan Hannah Tan.

Dua orang pelakon utama - AC Mizal dengan Harun Salim Bachik - memang menepati apa yang aku harapkan. Watak AJ tu memang aku tulis untuk AC.

Puji banyak sangat kang, masuk bakul angkat sendiri. Dah angkat dah pun.

Secara jujurnya, aku lega. Aku ingatkan, filem ni teruk sangat sampai aku kena bunuh diri. Lepas aku tengok, aku okay je.

Aku cukup berterima kasih pada KRU kerana memberikan aku kepercayaan untuk menulis skrip filem ni dan beberapa filem lain.

Juga untuk Afdlin yang sanggup mengarah MySpy.

Last but not least, krew dan barisan pelakon MySpy. Kalau korang takde, memang takde filem lah.

Terima kasih banyak-banyak kat semua yang terlibat. Jasa korang semua aku kenang.

Aku sebenar-benarnya lega. Dan sekarang hampir ada tenaga balik nak buat filem lain la pulak. Aku masih berehat untuk bulan Disember 2009. Aku ada banyak kerja nak buat. Tambah-tambah, bapak aku pun sakit. Kena pergi jumpa dia. Tahun depan, aku akan menulis filem dan TV balik.

Tahun depan jugak, dua filem aku akan ke pawagam. Daripada tujuh filem yang aku buat, aku rasa tiga sahaja akan masuk panggung. MySpy salah satu daripadanya. Dua lagi, tahun 2010.

Selamat membuat dan menonton filem!