Thursday, April 24, 2008

Semusim di Syurga: Ateis Muzik

Bodoh.

Masa aku di sekolah menengah, aku jumpa ramai budak-budak yang mengikut fahaman muzik yang berbeza.

Ada punk la, grunge la, rock kapak la. Sambil tiup lampu masa form one pun kena ikut rentak ke hapa kejadahnya la. Bebudak form one disuruh menari lagu Feminin la.

Cikgu-cikgu kitorang ajar bahasa pakai lagu. Atau lirik dalam lagu. Suzanne Vega, Phil Collins, Wings, Jamal Abdillah, M Nasir.

Balik ke asrama, sesetengahnya bukak Butterfingers. Pergi gig, lepas tu poyo kerek dengan orang. Maklumlah. Cool dan popular.

Ada yang pakai but, lepas tu taruk tali kasut putih. Konon gila babi kejam bunuh yahudi la, kalau pakai but dengan tali kasut putih.

Aku cuma cakap satu je kat diorang - "Aku rasa satu hari nanti, orang akan ganti agama dengan muzik."

Bayangkan. Amerika Syarikat yang rata-ratanya mendengar boyband diserang oleh Taliban yang dengar lagu death metal.

Israel, peminat Sex Pistols berperang dengan orang Palestin yang suka henjut-henjut kat lagu Black Eyed Peas.

Gila.

Dalam dunia yang semakin didefinisikan oleh citarasa mereka pada muzik, aku pun berfikir, "Apa citarasa muzik aku?"

Satu-satunya kaset yang aku beli semasa zaman remaja aku ialah Saturday Morning Cartoon Time yang menemukan lagu-lagu tema kartun dengan pemuzik handalan zaman itu. Seperti Sublime yang memainkan Hong Kong Phooey, The Ramones dengan versi lagu SPider-Man mereka.

Frente! dengan Open Up Your Heart and Let the Sun Shine In, nyanyian Pebbles, anak Fred Flinstone.

Juliana Hatfield dan sorang lagi minah menyanyikan Josie and the Pussycats, Dave Matthews Band dengan Scooby Dooby Doo.

Selepas masuk UM, aku akan habiskan banyak masa download lagu di Unitele Melaka dan kemudiannya MMU Cyberjaya. Tempat Internet free dan laju, yang biasa aku 'lawat' kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama.

Aku terjumpa Tenacious D, kemudiannya Trey Parker dan Matt Stone dengan lagu parodi mereka dari filem Cannibals the Musical dan Orgazmo serta Baseketball. Ya, BasEketball.

Dan penemuan paling hebat abad ini - Yoko Kanno. Yoko Kanno ialah komposer muzik latar dan lagu tema untuk anime paling hebat dalam dunia. Dia buat Cowboy Bebop punya soundtrack. AKu mendapat pendidikan muzik aku dengan menonton dan mendengar Cowboy Bebop. Dia lanyak jazz, blues, heavy metal, samba, swing, techno, Morroccan, semua masuk satu kartun. Sekali dengar Macam Ricky Lee Jones, dua kali dengar macam setan. Gila! Genius!

Aku sudah mula mencipta citarasa muzik aku sendiri. AKu makin sedar yang ada jenis-jenis lagu yang aku suka dan tak suka.

Malang bagi aku, kalau aku wujud dalam dunia yang menggantikan agama dengan muzik, aku seolah tiada agama, pasal aku tiada genre. Aku adalah ateis muzik.

Muzik yang aku dengar hanyalah runut bunyi dari kartun, siri TV dan filem. Aku kurang suka mendengar muzik yang lain. Lagu Jem and the Holograms pun aku hafal.

Bagi aku, muzik sebegini membawa makna yang lebih, pasal ada jalan cerita yang jelas.

Kemudian, aku mula minat muzikal. Dah kena tuduh gay la pulak.

Kesimpulannya, aku nak start buat kerja dah ni. Ni nak warm-up dulu je. Dah. Pergi mampus.