Thursday, January 1, 2009

Sudiro Sukiman, Mr Punch dan Aku

Aku terlupa.

Betul-betul terlupa.

Aku baca AKu Bimbo tadi - blog Saniboey - dan baru aku teringat yang Sudiro Sukiman dah meninggal.

Aku sibuk sangat dengan diri aku sendiri sampai aku lupa mamat ni dah takde.

Yang kelakarnya, aku ada telefon dia pertengahan tahun ni. Pasal nak mintak buat puppet. Dia ni pernah jadi pensyarah ko-kurikulum UM untuk puppetry.

Ko tau tak berapa orang yang boleh buat puppet kat Malaysia ni?

Aku nak buat puppet untuk satu show bebudak. AKu nak basekan macam Mr Punch - hero dalam Punch and Judy.

Aku tertarik dengan puppet pasal Neil Gaiman pernah tulis komik pasal Mr Punch. Mr Punch berdasarkan watak commedia dell'arte, Punchinello. DiAnglicisedkan menjadi Punch and Judy dan akhirnya masuk ke dalam minda kolokuial sebagai Mr Punch.

Dalam Mr Punch, Mr Punch membunuh bayinya, pegawai polis, hakim, seekor buaya dan akhir sekali, Syaitan.

Bila aku cakap pasal Mr Punch kat Malaysia ni, ramai yang pandang aku dengan separuh senyum. Pasal apa senyum? Pasal dua benda:

1. Diorang senyum pasal diorang BODOH. Dan tak pernah tau pasal Mr Punch.

2. Diorang senyum pasal diorang ingat aku GILA. Pasal aku cakap pasal Mr Punch.

Ok, aku dah cakap pasal aku.

Sudiro Sukiman berlakon watak Tapa dalam Rumah Kedai yang biasanya akan disiarkan bulan puasa. Dulu, aku tak pernah miss benda ni.

Tapa dan Remy (Harun Salim Bachik) merupakan dua watak off-beat yang walaupun taklah menarik sangat, tapi kekal dalam ingatan ramai orang. Termasuk aku.

Selain itu, aku sering terjumpa Sudiro Sukiman dalam pelbagai rancangan yang pelik.

Aku pernah sekali menonton TV 2 tengah-tengah malam buta, sebab TV2 kadang-kadang tunjuk filem-filem pelik yang best tengah-tengah malam, macam Goodbye Mr Chip dan JFK.

Apa yang keluar? Si Tapa dan puppetnya. Dalam satu telemovie pasal puppet hidup.

Aku takdelah suka sangat telemovie tu, tapi aku tengok pasal pelik. Dalam satu kelab komedi, Sudiro memainkan watak orang yang tak dihargai dan sering diperkotak-katikkan. Pasal dia buat lawak pakai puppet.

Dalam minda orang Malaysia yang tak jauh bezanya dengan ungka ni, puppet=bebudak. Puppet = tak kelakar. Walaupun sebenarnya, puppet ke, pepet ke, cumalah bentuk. Pengisian yang akan menentukan ke mana hala tujunya.

Pertengahan cerita, puppet tu hidup dan mula mengacau Sudiro Sukiman. Macam Child's Play, tapi lebih mendalam.

Fast forward beberapa tahun, aku pergi cover Anugerah Skrin. Sudiro Sukiman diberikan tugas jaga audience.

Dia keluar je ke depan, orang dah gelak. Gila susah nak buat orang gelak dengan hanya memek muka. Lainlah Memey. Dengar nama pun dah boleh gelak.

Lepas habis Anugerah Skrin, aku pergi jumpa dia. Aku tanya, "Tak buat puppet lagi ke?"

"Ada. Ada. Buat lagi," dia cakap.

Dan itu sajalah dialog yang aku pernah ada dengan dia sampailah tahun lepas, bila aku ke hulu ke hilir nak cari orang buat puppet.

Siap contact mamat kat LA tu (Los Angeles, bukan Labuan), pasal nak buat puppet.

Aku nak puppet macam Mr Punch - seorang pembunuh bersiri yang ganas dan bersenjatakan kayu. Diperbuat daripada kayu.

Malangnya, Sudiro tak boleh buat. DIa boleh buat pakai barangan yang lembut, atau pakai pelampung(ya! pelampung!). Kalau nak kayu, kena ukir dan ambik masa.

Aku tak tau pun dia sakit. Mesti, masa aku telefon tu, dia tengah berlawan dengan sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini akhirnya meragut nyawa Sudiro Sukiman pada Oktober tahun lepas. Ha ah ye, 2008 dah jadi tahun lepas dah.

Malangnya, aku tak rasa aku boleh lagi menonton TV2 lewat malam dan dikejutkan dengan telemovie Melayu yang pelik. Dan impian aku untuk suruh Sudiro buat Mr Punch versi Malaysia terkubur bersama orangnya jugak.