Wednesday, January 7, 2009

Badan Kebal Loceng Emas

Batuk aku tak seteruk dulu.

Semalam, aku hisap 12 batang rokok sahaja. Biasanya, 60 batang (3 kotak) sehari.

Pagi ni, aku bangun dan dapati ada 8 batang lagi tak terhisap dalam kotak.

Terus aku hisap 6 batang rokok sekali duduk.

Pastu batuk.

Aku minum madu panas. Kalau teruk sangat, aku masak air panas dan larutkan madu organik mentah. Dua sudu segelas.

Aku akan berhenti batuk selama setengah atau satu jam lepas segelas air madu panas.

Aku ada ubat batuk, dan painkiller. Lepas minum ubat batuk, aku akan tidur sekurang-kurangnya 5 jam.

Painkiller, kalau campurannya betul, 8 jam.

Aku ada cukup untuk satu dos saja lagi. Untuk malam ni. Pasal esok aku ada meeting.

Kalau aku kaya, sakit-sakit macam ni, tak payahlah kerja. Inilah akibatnya tak dilahirkan sebagai anak orang kaya.

Dan ini sebabnya, selagi aku tak kaya, aku akan membenci orang yang kaya.

Melainkan bagi aku sejuta dua.