Monday, May 25, 2009

Pena Penjenayah Besar: Penyelesaian PTPTN

Penyelesaian untuk PTPTN.

Aku tak tau pasal orang lain, tapi aku sanggup kalau:

1. Pinjaman dinaikkan jumlahnya ke dua kali ganda atau RM50,000, yang mana lebih tinggi. TANPA FAEDAH.

ATAU

2. Sesiapa yang gagal membayar lebih daripada 6 bulan dikenakan denda RM1,000. Selepas setahun, RM2,000 tambahan, kalau gagal hadir ke mahkamah dan memberi alasan yang wajar.

ATAU

3. Kekalkan kadar faedah pada 6% atau 8%, mahupun 12% atau 25% tetapi jadikan kadar faedah dikenakan pada jumlah yang tinggal.

DAN/ATAU

4. Sesiapa yang membayar dengan cepat diberikan insentif, sama ada diskaun kadar faedah atau diskaun pinjaman pokok.

Kalau langkah-langkah ini tidak diambil, aku sanggup bertaruh yang PTPTN takkan dapat mengambil semula sejumlah besar pinjaman yang mereka beri atau pinjaman tidak aktif. Dan kerajaan Barisan Nasional mungkin akan kalah teruk (lagi sekali, atau lebih dahsyat) pada Pilihanraya Umum ke-13.

Hek elehhhh. Bukannya dia nak buat pun.

Mimpi je lah.

Kita orang yang bukan anak datuk ni, susah lah hidupnya.

Hah, Pembangkang! Ko nak isu untuk dimainkan untuk Pilihanraya Umum ke-13? Ko masukkan cadangan aku ni dalam manifesto korang. Terjamin 50,000 undi tambahan. At least. Pasal nanti keadaan bebudak tu semua akan pengaruhi mak bapak diorang.

"Kesian anak aku."

Mak bapak aku lain.

"Sapa suruh ko tak bayar?!"

Bedebish! Yenna!

Mak bapak lain akan menangkan anak diorang je.

Ala, Pembangkang, ko bukan kena buat pun. Ko tabur janji je lah, macam biasa. Pastu, ko salahkan la peminjam PTPTN. Pastu firma-firma guaman ko dapat duit.

Kan best kan? Ko boleh manipulate rasa marah bebudak ni dengan keluarga diorang, pastu ko tipu diorang. Kan ke best?

Tadi pun diorang asyik suruh aku undi pembangkang.