Aku dah makin tinggal seorang.
Member-member aku yang anti-politik, anti-agama, anti-hadis, anti-TV, anti-apa-saja-yang-boleh-di-anti ramai dah berambus.
Yang tinggal kat Malaysia ni, cuma yang suka jerit-jerit. Macam beruk. Siamang gagap.
Semua benda nak main jerit-jerit.
Member aku, antara yang tinggal, call aku tadi. Dia cerita dia gaduh dengan member-member dia.
Member aku ni Cina. Dia gaduh dengan mamat PR yang tak paham kenapa dia tak sokong PR. Suka ati la! Pastu, yang lagi best, dia gaduh dengan Melayu yang bagi maklumat salah pasal Islam.
Ko bayangkan, aaa?
Mamat Melayu Islam tu cakap, ada dua jenis Hadis: satu untuk lelaki, satu untuk perempuan.
Aishah buat hadis untuk perempuan. Yang lelaki macam Abu Hurairah R.A. etc buat hadis untuk lelaki.
Pastu, perempuan tak boleh pergi masjid. Kena baca Koran kat rumah.
Aku yang sesat ni pun garu kepala.
Yahudi mabuk mana yang ajar dia camtu?
Aku paling pantang kalau benda-benda basic yang dah belajar kat sekolah selama 11 tahun, orang tak ingat.
Kalau benda camtu yang kononnya penting untuk 'the Islams' ni boleh main bantai suka hati je, apatah lagi 2+1 = 3? Kang dia buat 2+1 = 4 kang, tak ke naya?
Tapi, mungkin jugak itu pemahaman dia. Mungkin dia Taliban. Manalah aku tau.
Member-member non-Muslim aku biasa datang kat aku pasal benda-benda bodoh yang orang Islam kasitau diorang.
Ko tanya aku buat apa? Aku pun jahanam la wei!
Adake perempuan, haram masuk masjid? Gila ke apa? Dah, mak aku yang berjuta kali rajin ke masjid dari aku tu apa?
Pastu, bebaru ni, diorang tanya aku pasal Nik Aziz.
Aku tak tau la betul ke tidak. Tapi, kononnya, masa siaran berita pukul 8 atau pukul 9, Nik Aziz ada cakap yang Kelantan adalah 'tempat turun wahyu'.
Aku tak tau apa nak jawab. Entah betul, entah tidak.
Ni la akibatnya bodoh piang. Agama sendiri tak reti nak jaga. Orang lain pakat gelakkan ko, marah. Keluar bom la, parang la.
Betul-betul serupa beruk la. Pastu dah jahanam, nak suruh aku yang suspek ahli neraka ni nak betulkan imej yang kena cemar? Takde kerja aku!
Bukannya takde mamat Islams yang ok.
Aritu, sebelum aku masuk rumah urut, ada la sorang hamba Allah ni datang mintak derma anak yatim. Aku musykil, jadi aku lepak dengan dia kejap.
Rupa-rupanya, mamat-mamat seIslam dengan dia ada bukak rumah anak yatim. Dengan halfway house untuk bebudak perempuan ngandung anak haram. Diorang specialise kes-kes berat je. Kena rogol bapak, mamat isap dadah, blablabla.
Haa, kan ke bagus, kalau semua masjid buat camni? Ini, aku pergi je masjid (tunjuk muka je. Bukannya aku sembahyang sangat pun), cakap pasal politik, pastu mengkafirkan orang.
Oooh, kapir kanan, kapir kiri. Pukimak mak bapak ko la. Sapa lantik ko jadi Tuhan nak mengkapirkan orang?
Banyak cantik muka? Macam cenekoh la! Ko tau cenekah tu apa? Beruk. Beruk, tau, beruk? Ni beruk bulu itam, muka bulu putih. Macam pakai mekap bersanding. Kulit hitam, muka putih. Tu cenekoh la tu.
Ramai bebudak muda sekarang yang belakangkan agama diorang. Termasuk Islam. Ko tau pasal apa? Pasal sikap beruk-beruk ni la. Nak buat cemana? Live together, die alone, kata Lost.
Kubur lain-lain. Lepas tu apa jadi, aku tak tau la. Aku bukan spiritual sangat pun. New Age pop philosophy boleh la. Aku percaya pada Tuhan. Dan aku percaya pada sains. Dan aku ikut kata-kata pelacur Siam yang aku lepak dengan.
"Kalau ada syurga neraka, Tuhan yang tentukan. Jadi itu bukan hal kita. Hal kita adalah hidup sebaik mungkin."
Bagi aku, kata-kata pelacur Siam tu jauh lebih bermakna daripada mana-mana 'pakar Islam' yang insecure dan righteous nak mampus. Nak letak pesakit AIDS kat pulau la. Nak tangkap orang khalwat pasal nak tengok tetek la. Tetek halal. Sering cuba nak buktikan orang lain salah. Pasal stim kot. Atau pasal dia bodoh.
Kita ni, manusia, bukannya betul sangat. Kalau manusia dah banyak salahnya, apatah lagi kalau beruk? Aku ni, manusia, jadi banyak salahnya. Mungkin masuk neraka. Pedulittaik aku? Bukannya hal aku. Itu urusan Tuhan. Bukan urusan aku, bukan Urusan Seri Paduka Baginda yang ada tertampal kat sampul-sampul surat kerajaan.
Tapi aku kacak. Muka aku tak macam cenekah. Dan aku bersyukur aku bukan beruk yang suka mengkafirkan orang.