Aku pergi ke Bangsar tadi untuk membuat kunci pendua, kemudian terus memberikan kunci asli kepada pemiliknya.
Kemudian, aku membuat beberapa panggilan telefon dan mengatur semua temujanji untuk minggu ini. Ada satu untuk hari esok, lusa, Sabtu, Ahad dan Isnin. Lepas tu aku dapat panggilan telefon untuk hari Selasa punya meeting la pulak.
Pastu Jumaat depan.
Sambil tu, aku kena aturkan pasal aku nak pindah ke Damansara. AKu kena pindah Sabtu. Lori kena dapatkan Sabtu.
Sebelum tu, aku kena pindahkan sikit-sikit barang aku.
Banyak jugak la. Aku dah ada orang untuk tolong aku esok (mungkin), Jumaat dan Sabtu.
Deadline aku ada dua malam ni. Sebelum tu, aku kena tidur dulu. Aku takkan keluar minum sampai kerja aku siap.
Harapnya, kerja aku akan dibayar dengan cepat, supaya aku boleh melangsaikan hutang piutang.
Aku nak jadi orang merdeheka. Lepas tu, siap.