Aku dapat maklumat salah.
Aku nak naik bas ke Kuantan. Biasanya, aku pergi Puduraya.
Tapi, ramai orang bagitau yang Puduraya nak pindah. Bas ke Pantai Timur pulak semua ambik dekat Hentian Putra.
Aku tanya Cheepork (orang Besut) dia cakap benda sama.
Aku pun pergilah ke Hentian Putra.
Pukimak betul! Mana ada bas ke Kuantan! Pagi-pagi buta adalah.
Aku terus call Cheepork, maki dia.
Aku: Bad intelligence! Bad intelligence!
Cheepork: Manala aku tau! Aku orang Besut! Besutttt!
Aku pun bergegas dengan teksi gas. Aku pergi Pekeliling. Pasal nak naik PLUSLiner.
Kalau nak ke Kuantan, biasanya bas PLUSLiner lagi selesa daripada Transnasional. Selesa sikit je.
Aku cari, cari TAKDE!
Rupa-rupanya, dah tukar jadi MARALiner.
Takpelah. Beli je lah tiket.
Punya la ramai Melayu kat area ni.
Aku pun jadi friendly nak mampus. Biasa lah. Masuk kandang kambing, mengembek.
Aku: Embek!
Makcik Jual Tiket: kikkikkikkikkik.
Aku dah beli tiket dan sambil menunggu bas, aku pergi makan makanan tradisional penumpang bas - nasi ayam habuk jalan.
Tak kira la Puduraya ke, Pekeliling ke, Terminal Bas Seremban atau Kuantan, Nasi Ayam Habuk Jalan sentiasa rasa sama je.
Pasni nak cari rokok aku, nak beli 10 kotak, pastu cari ubat batuk nak kasi aku tidur dalam bas. Kepala otak aku ligat ni. Nanti tak boleh tidur.