Monday, May 25, 2009

PTPTN Vs Amir Hafizi: Panduan Menghadapi Sabotaj Terhadap Kerajaan

Aku baru turun mahkamah majistret sivil tadi. Pasal apa? Pasal aku tak bayar PTPTN. AKulah penjenayah paling dikehendaki oleh Kerajaan.

Aku dah prepare:

1. Bank draft dengan 10% jumlah pinjaman aku.

2. Resit bayaran aku kepada PTPTN.

3. Apa yang perlu aku cakap di mahkamah.

Masa aku masuk, aku cuma diberi pilihan menjawab ya atau tidak SAHAJA. Lepas tu habis.

Tetapi yang lebih menarik adalah apa yang berlaku diluar mahkamah.

Sejak pagi, aku lepak dengan peguam. Kebanyakannya meminjam juga dari PTPTN. Kau tau apa nasihat diorang pada aku - nasihat peguam kedai kopi la. Yang bukan mewakili aku ataupun apa-apa.

Peguam: Ko jangan bayar.

Peguam 2: Kau undi pembangkang.

Aku tak setuju, pasal aku pinjam. Dah pinjam, kenalah bayar. Setakat ni pun, orang tak bayar aku, ada la dalam dua kali ganda jumlah pinjaman aku dengan PTPTN.

Masa aku dapat surat saman hari tu, benda pertama yang aku buat ialah call law firm yang hantar surat tu. Aku tak dibagi bercakap dengan lawyer, tapi cuma dengan legal clerk. Legal clerk tak boleh jawab soalan-soalan aku.

Dia cuma bagi aku nombor untuk unit guaman PTPTN.

Unit guaman PTPTN beritahu aku, diorang takkan terima apa-apa pelan pembayaran daripada aku. Aku offer dua kali ganda apa yang patut aku bayar setiap bulan. Diorang cakap:

"Kami akan terima apa-apa bayaran, tanpa prejudis. Tapi kami akan bawak juga kes ini ke mahkamah."

Pasal apa? Pasal diorang nak tingkatkan kadar faedah daripada 4% sampai 12%. Pastu, dia pakai taktik gertak.

Over the phone, diorang ancam nak:

1. Bankrapkan aku

- tak boleh lagi, pasal jumlah pinjaman aku tak sampai RM30,000.

2. Sita barang-barang aku

- silakan. Aku cuma ada Blackberry, tilam, kerusi, komik dan bantal. Oh ya. Laptop.

3. Blok passport aku.

- kalau aku takleh ke luar negeri, aku takleh nak buat duit. Camana nak bayar kalau kau tak kasi aku buat duit?

Ok. Tapi aku diam aje. Pasal aku memang bersalah. Aku tak bayar. Jadi, kalau diorang nak gertak aku macam beruk gertak gorilla, silakan.

Lantaklah ko nak cakap apa.

Jadi, benda pertama aku buat adalah mendapatkan nasihat guaman.

Aku gunakan contacts aku dan dapatkan antara lawyer paling hebat pernah aku jumpa.

Dia menasihatkan aku dalam bentuk kes sivil biasa. Tetapi, kes PTPTN bukan kes sivil biasa. Kes PTPTN adalah kes sivil jahanam.

Nasihat guaman yang aku dapat mendorong aku cuba menunjukkan keihklasan hati dengan membuat bank draft bernilai 10% daripada nilai pinjaman aku dengan PTPTN. Dan juga mula membayar kepada perbadanan tersebut.

Namun, niat baik tidak diambil kira, kerana pada pendapat aku, wujudnya niat kurang baik dengan cubaan menaikkan kadar faedah kepada 12% yang layaknya dikenakan oleh Ah Long dan bukannya sebuah perbadanan Kerajaan seperti PTPTN.

Namun, aku diam saja. Pasal aku masih menganggap aku sebagai orang yang salah. Kenalah ada hukumannya. Dan aku bukan dahagakan subsidi.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, aku pun tak hingin.

Yang aku kesalkan, adalah jumlah dan jenis feedback yang aku perolehi daripada graduan-graduan yang meminjam daripada PTPTN.

Rata-rata, anak-anak muda Melayu, termasuk para peguam, doktor dan profesional lain bersepakat untuk memperkotak-katikkan PTPTN akibat sama ada layanan buruk yang mereka terima daripada pegawai PTPTN atau sikap mereka sendiri yang tak suka bayar hutang.

Aku akur dan sedar bahawa duit yang dipinjam harus dibayar kembali. Aku pun pemiutang yang banyak penghutangnya. Tapi, kalau aku boleh kenakan 12% faedah pun, aku takkan. Aku sanggup tukarkan 12% faedah dengan jaminan wang aku kembali ke tangan aku.

Tapi aku bukan PTPTN. Yang bagi aku nampak macam hendak menghukum sesetengah orang yang sanggup bayar, asalkan dapat mencekik darah balik duit dia.

Dahlah 12%, dia nak caj balik BUKAN dari tarikh keputusan mahkamah, tetapi 12% sejak beberapa tahun lepas.

Tapi aku ok lagi. Aku dah salah, salahlah. Jangan bimbang. Kalau kau naikkan 1.2juta% kadar faedah pun, aku bayar setakat aku mampu je. Ambik le. Kalau aku mampu dua juta sebulan, aku bagi je dua juta sebulan. Kalau aku mampu RM50 sebulan, aku bayar RM50 je sebulan.

Tapi, kalau majoriti peminjam taknak bayar balik, cuba kaji balik kenapa taknak bayar? Kitorang bukannya nak duit free. Bukannya nak pinjaman tu dihapuskan. AKu taknak jadi peminjam MARA yang lari, tak bayar balik.

Aku dan aku rasa ramai lagi peminjam PTPTN, taknak menganiaya orang lain. Tapi kalau PTPTN menganiaya orang?

Kalau majoriti orang baya aku yang takde guruh, takde angin, pastu undi pembangkang - walaupun pembangkang bukannya nak buat betul pun, PTPTN ni - lu pikirlah sendiri beb.

Dalam kes aku? Aku bayar le. Aku dah salah, dan aku mengaku salah. Walaupun faedah saja (yang akan dikenakan atas pinjaman pokok, bukannya baki pinjaman) akan naik sampai berapa ribu peratus lepas aku habis bayar nanti, masa umur aku 120 tahun.

Pengajaran:

1. Jangan biarkan apa-apa hal kau dikuasai oleh pekerja kerajaan.

2. Kalau boleh, tinggalkan Malaysia dan berhijrah sebelum PTPTN boleh senaraihitamkan kau.

3. Run with RPK.

Yang membawa aku ke pilihan penyelesaian ini untuk mana-mana individu yang mungkin menghadapi masalah sama:

1. Run with RPK

- pergi Ostolia. Pasal Ostolia takde undang-udang persetujuan ekstradisi dengan malaysia.

2. Takyah bayar

- kalau kau yang jenis tak kisah bankrap, macam RPK (tapi masih ada rumah kat serata dunia), maka takyah lah bayar. Biar dia tarik semua barang kau.

3. Buat macam aku

- bayar je. Pedulittaik aku?

Cuma, aku akan menyelidik apakah laluan perundangan yang boleh aku ambil terhadap firma guaman yang mewakili PTPTN dalam kesnya terhadap aku, pasal ada beberapa isu dalam surat saman yang dikeluarkan, yang aku fikir wajar aku persoalkan.

Lagipun, aku nak bercakap kat mahkamah, tapi dia tak kasi. Hehehe.