An homage to John
I artis, tau.
Artis!
Beberapa minggu yang lepas, manager I call I, cakap ada interbiu.
I: Tapi! I takde baju!
Manager: Just go lah! Kanina.
I: Apa?
Manager: Kaneshiro Takeshi! Lu muka macama Kaneshiro Takeshi, musti bulet juat munya.
I: Tapi! I taknak jual diri I! Lagipun, I Jack Black. Bukan Takeshi Kaneshiro. You sebagai manager I, mesti bawakkan I baju. Jaga imej I!
Manager: Ey? I'm not your manager la! I am the manager for my company. Go for the interview, it's your book, right?
Demi tugas, I pergi jua.
I tunggu sambil minum kopi. Tiba-tiba, datang seorang wartawan.
I: Ah! Papparazzi! No pictures, please!
Wartawan: Saya dari majalah Swastika.
I: Eh? I ingat you nak interview I pasal nilai sastera dalam buku I? The brains behind the beauty?
W: Tak, saya nak tau, ada tak pengalaman mistik yang menginsafkan encik?
I: Kaninabu chow chi bai.
I kecewa. I ditikam! Hati I remuk! I pun, call manager I.
I: Hello, manager!
Manager: What now?
I: You cakap kat I, interview ni untuk promosi produk I. Kenapa setkan dengan Swastika?
Manager: Why?
I: Aiyooo. You tau tak, Swastika punya angle macam mana? Itu terbang-terbang, tembak bola api punya mah! Itu "Manusia Gagak Muncul Lagi" punya story la.
Manager: Tapi...circulation dia tinggi.
I: Tau la. Tapi I nak cakap apa kat dia? Nak tipu dia ke? I mana ada story untuk angle dia, kecuali I tipu. You nak I tipu? I taknak buat! I bukan munafik! Munafik!
I pun berlari macam dalam filem Tamil, terus pergi ke event I yang seterusnya.
Event: Bercakap di Pusat Membeli Belah
I: Hello, semua! I nak nyanyikan single terbaru dari album I - Sabar Itu Separuh dari Iman (SISI). Album ini mengekalkan unsur-unsur lama untuk peminat lama, dan juga unsur-unsur baru untuk peminat baru.
Peminat: Yang mana satu? Muzik lama untuk peminat lama, atau muzik baru untuk peminat baru?
I: ...
Peminat: Takkan ada dua-dua? Jadi, ini muzik awak yang baru ke, muzik lama?
I: I tak tau, pasal ini apa yang manager I suruh I cakap. I artis, tau! You peminat jer!
Selepas persembahan setengah jam itu, I pun balik, sebab I penat. I artis, tau. Kerja I susah. Inilah nasib anak seni.
Itulah pengalaman I sebagai artis. Yang baik, dijadikan teladan, yang jahat, dijadikan sempadan. Demi mencapai Wawasan 2020.
Sekian.