Nama je hebat. Orangnya...terpulang kepada mata yang empunya diri.
Selama lebih 10 tahun, nama aku di kalangan lelaki-lelaki Melayu Gay dan tidak gay ialah Ultraman.
Di sini, aku senaraikan nama-nama Melayu terhebat pernah aku jumpa. Dan jugak satu atau dua nama bukan Melayu:
1. Ahmad Mesingan
- Nama Betul. Ya. Nama IC. Ahmad Mesingan. Ada kat Kuantan.
- Origin: Bapak dia komando.
2. Kerbau anak Sungkir
- Coursemate aku di UM. Dari Sarawak. Nama betul. Nama IC.
- Origin: bapak dia suka kerbau kot?
3. Panadol
- Nama samaran. Budak SDAR. Kot?
- Origin: Masa dia demam, dia asyik meracau, "Aku sakit...aku nak Panadol...aku nak Panadol...Panadol..."
4. Juborque, Jobo dan Jobong
- Nama samaran. Budak SDAR.
- Origin: Evolusi perkataan 'jubur'. Triumvirate senior yang...menakutkan.
5. Serangga
- Nama samaran. Budak UM.
- Origin: Dikatakan mukanya macam serangga.
6. Madonna
- Nama samaran. Budak SDAR.
- Origin: langsung tak macam Madonna.
7. Aw-Aw
- Nama samaran. Budak SDAR.
- Origin: ...kuasa...yang menakutkan.
8. Joe Jip, Joe Kancil dan Joe Jentolak - Team Knight Rider
- Nama samaran. Bebudak UM.
- Origin: Joe Jip pasal dia bawak Jeep. Joe Kancil pasal dia bawak Kancil (aka Joe Awek Satria, pasal awek dia bawak Satria). Joe Jentolak pasal...aku pun tak tau (aka Bukan Joe pasal nama dia takde Joe, Jo atau Ju pun dalam tu). APabila bergabung, mereka menjadi Team Knight Rider.
9. Mazli Babi
- Nama Betul dan samaran.
Origin: Bapak dia bela babi.
10. Che Mat Rimau, Che Mat Lembing dan Che Mat Dua Puluh Sen
- Nama Samaran. Orang kampung aku.
- Origin: Che Mat Rimau pasal dia macam rimau. Che Mat Lembing pasal dia pernah tinggal di Sungai Lembing. Che Mat Dua Puluh Sen pasal masa Hari PIBG, dia dermakan dua puluh sen sahaja dalam tabung Milo sekolah.
11. Pok Jab Ketua Kampung dan Pok Jab Pertanian
- Nama samaran. Orang kampung aku.
- Origin: Self-explanatory, kecuali Pok Jab Pertanian, yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian.
12. Doraemon 1 dan 2
- Nama Samaran. Budak SDAR dan orang kampung aku.
- Origin: Budak SDAR tu pasal senior aku konfius dengan watak Nobita dalam komik dan animasi Doraemon. Orang kampung aku pasal nama asal dia Deraman.