Di sini aku pamerkan pemerhatian aku (setakat ini) berkenaan sikap pengurusan yang hebat.
Circa 2004. Aku baru saja diterima bekerja sepenuh masa di The Malay Mail.
Aku tak reti mengampu dan satu-satunya cara untuk aku mengampu ialah dengan kerja macam orang gila.
Aku pernah menulis sampai enam cerita sehari, dua daripadanya untuk muka hadapan segmen hiburan. Artikel untuk bahagian hiburan biasanya lebih panjang dari artikel untuk berita biasa. Lebih banyak bunga untuk menampung buah-buahan yang terkandung dalamnya.
Biasanya, seorang wartawan hiburan akan menulis sedikit sahaja artikel, tetapi panjangnya melebihi 800 patah perkataan. Kualiti lebih dipentingkan dari kuantiti. Inilah sebabnya ada beberapa akhbar yang menetapka had untuk cerita yang boleh ditulis oleh mana-mana wartawan. Ada sampai 3 cerita sahaja seminggu.
Malang (dan mungkin nasib?) tidak berbau, editor yang menjaga bahagian hiburan The Malay Mail pada masa tersebut merupakan Zainal Alam Kadir, yang terlatih dengan semua disiplin suratkhabar, dari hiburan hingga ke jenayah dan juga laporan dagangan.
Dia menerapkan budaya semua artikel hiburan ditulis dengan kepantasan laporan berita.
Ini samalah macam ko suruh Usain Bolt lari marathon, tapi dengan pecutan acara 100 meter.
Alasannya, "Alah, jangan nak ngengada."
The Malay Mail juga sering kekurangan pekerja, jadi kami sering 'dipinjamkan' ke bahagian lain.
Hasilnya, aku mendapati diri aku sendiri bertanggungjawab untuk beberapa muka surat dalam The Malay Mail, setiap minggu. Dan aku bekerja 7 hari seminggu. Tanpa rehat.
Ada satu minggu, masa aku tulis 6 artikel panjang tu, aku balik rumah pukul 8 pagi lepas tu aku muntah darah.
Jadi, aku pun jumpa Rocky lepas kerja dengan niat untuk meminta dia mengurangkan beban kerja aku.
"Okay," dia kata. "What do you have to say?"
Aku pun terangkan bagaimana jadual aku tak membenarkan aku untuk berehat langsung, jadi aku pinta supaya sesetengah tanggungjawab aku dipindahkan ke orang lain.
"Okay, I am not against you training someone else to take over. But let's have a look at your schedule."
Selepas itu, dalam masa 5 minit, dia aturkan kembali jadual aku supaya aku hanya perlu bekerja 5 hari seminggu tanpa melepaskan mana-mana kerja yang aku buat sekarang.
Kemudian, aku ucapkan terima kasih dan pergi tunggu teksi untuk balik ke rumah.
Dalam teksi, aku menyumpah seranah.
Cilaka!
Aku jumpa dia pasal aku taknak buat kerja. AKu nak lepaskan sesetengah mukasurat tu. Tapi dia bantai aturkan balik jadual aku.
Aku dah kena con!
Tapi nak call balik, aku dah segan. Melayu jugaklah aku ni, kadang-kadang. Lagipun, solution tu memang boleh dipakai.
Sejak hari itu, aku sering mengawasi bagaimana pengurus-pengurus seperti Rocky dan bos-bos lain menjalankan kerja mereka.
Aku percaya yang sesiapa yang mencapai tahap Pengurus Senior dan ke atas hebat dalam sesetengah skill atau bakat.
Ada yang menggunakan taktik cium buntut macam orang gila. Aku tak boleh pakai taktik tu pasal aku terlalu angkuh dan sombong. Ego aku besar.
Taktik melawan orang pun tak jalan untuk aku. Pasal walaupun aku boleh bunuh orang (secara figuratif), tapi apa hasilnya lepas tu? Aku sendiri yang kena buat kerja orang lain. Percayalah. Aku dah cuba.
Dan juga cabaran untuk bekerja dengan monyet. Ya rabbi. AKu boleh jadi gorilla, bila bekerja dengan monyet, tapi apa hasilnya? Pisang lenyek.
Ada seorang pengurus ni. Aku nampak dia selalu datang awal pagi. Pagi buta dah terpacak.
Jadi aku datang pejabat pukul 8 pagi. Dah ada dah! Pukimak betul.
Esoknya, tak puas hati, aku datang pukul 7 pagi. Dah ada jugak!
Dia ni tidur ke apa? Pakai hantu raya? Tanya si Melayu.
Cara paling berkesan menangani orang gila dan monyet juga aku perhatikan.
Semuanya common sense, tapi itulah yang jarang ada dalam diri banyak orang Malaysia.
Apabila ada satu kegagalan, seorang pengurus yang hebat tak akan marah-marah macam betina meroyan.
Dia akan marah, tapi fokus pada penyelesaian masalah. Pasal kalau dia berjaya buli orang untuk cakap dia betul pun, apa faedahnya?
Apa faedahnya kau diiktiraf betul kalau kompeni ko tergadai? Tak ke bodoh tu?
Approach yang penuh emosi 99% akan gagal. Orang pergi kerja pasal nak kerja. Kalau kau pergi kerja untuk berdrama, kau baik berdoa yang kau kerja sebagai pelakon drama.
Aku pernah jumpa seorang kat luar, yang mana apabila aku diperkenalkan kepadanya, dia terus jadi bitchy dan cuba buat aku react. Pasal apa? Mungkin pasal masa dia tunjuk tetek dia kat aku, aku pandang tempat lain. Beb, aku nak kerja la. Kalau aku nak tengok tetek, aku pergi Siam. Jauh lagi best dari tetek ko la.
Kalau aku mabuk ke, takpe la jugak. Ini tengah meeting la, pukimak.
Aku tak bereaksi pun atas kenyataan-kenyataan bodoh dia. Tapi aku pelik apasal dia jadi sungguh insecure dan cuba nak gaduh pada perjumpaan pertama pun. Dia sebenarnya cuba untuk membuat orang lain nampak bodoh pasal dia rasa diri dia sendiri bodoh. Baguslah kalau sedar diri sendiri bodoh.
Aku tak buat apa-apa pun. Last aku dengar, ada orang komplen pasal dia punya communication skill. Yelah, kalau dia asyik tunjuk bahasa isyarat tetek, bukan semua orang paham. Kalau bercakap dengan pondan?
Akan ada monyet-monyet yang akan cuba mengambil kesempatan dari kau. Suruh kau buat kerja dia (supaya dia boleh makan gaji haram). Taknak buat kerja supaya kau buat kerja dia.
Aku terkejut beruk apabila aku mendapati punyalah ramai monyet yang tanak buat kerja sendiri. Cakap diri sendiri Islam, nak masuk Syurga, pastu makan benda haram. Pukimak ko lah.
Aku tengok, untuk sesetengah orang macam Rocky, kalau ada orang yang tak buat kerja dia betul-betul, dia akan bagi jugak tanggungjawab kat mamat tu.
Aku dan orang lain pelik, pasal aku fikir, kalau mamat tu tak boleh buat kerja, tak payah la suruh dia buat kerja. Menyusahkan aje.
Aku berpendapat yang kalau orang lain buat kerja kau, itu benda paling hina dalam dunia.
Tapi kemudian aku terfikir:
1. Monyet mana ada konsep hina. Semua muka tak malu. Taknak buat kerja, nak suruh orang lain buat kerja dia. Asyik mengampu je lah kerja dia. Selagi dia tidak diberi tanggungjawab yang sepatutnya milik dia, lagi la dia suka.
2. Sampai bila monyet-monyet tu taknak belajar buat kerja? Aset paling penting untuk setiap kompeni ialah staf mereka. Kalau banyak monyet dari manusia, camana nak buat apa-apa? Kau akan bagi 20% pekerja, 80% tanggungjawab. Mana nak tercekau kalau camtu?
Jadi, dengan memberi monyet-monyet dan beruk-beruk kerja yang sepatutnya mereka lakukan, harapnya monyet dan beruk tu akan jadi manusia Cro-Magnon, dan belajar menggunakan api dan batu kawi.
Ada jugak pengurus-pengurus yang ada tabiat butuk. Macam penagih ampu. Sesetengah pengurus ada penyakit akan buat keputusan berdasarkan siapa ampu dia lebih. Siapa bodek dia. Siapa kipas bontot dia.
Aku pernah tengok kompeni lain yang mana mamat atau minah politik diberikan kepercayaan penuh walaupun ada bukti cukup yang mereka ni berhati busuk. Malah, taknak dengar atau siasat pun. Apasal? Pasal diorang bodek baik punya. Buat apa pun lepas.
Aku ingatkan, lepas filem-filem Malaysia tahun 80-an, takde lagi dah kejadian macam ni. Betapa naifnya aku.
Oh well. Macam tulah dunia ni. Buddha cakap, "Camtulah, brader!"
Ingatlah, wahai orang-orang Melayu. Janganlah jadi beruk. Jadilah orang. Lepaskan emosi, fokus kat kerja. Dan jangan biar monyet-monyet lain pengaruhi ko untuk jadi beruk jugak.
Sebab aku tulis ni mostly untuk orang Melayu, aku kenalah masuk disclaimer ini supaya ego mereka yang besar dan sensitif tak tercalar:
Ya, aku tau aku tak perfect lagi. Aku dalam perjalanan untuk mencapai Hikmat Kesempurnaan, dan aku menulis benda-benda ini agar dapat berkongsi serba sedikit pemerhatian dan maklumat yang aku ada. Sikit je pun. Jadi, janganlah rasa terancam atau terhina.
Tidak, aku tak cakap pasal ko. Banyak contoh ni aku ambik dari orang lain punya pengalaman jugak. Dan juga masa aku mula-mula kerja dulu dan pengalaman freelance. Jangan perasan, ya. Melainkan aku ada tulis nama ko kat sini. Tu memang ko lah.