Sepanjang aku sepuluh tahun di KL, aku pernah makan banyak jenis hidangan. Dicampur dengan masakan di Thailand - masakan Siam - dan jenis hidangan saduran di Singapura.
Antara banyak jenis hidangan yang pernah aku rasa, ada antaranya yang aku fikir patut masuk dalam kategori terlarang. Bukan haram. Terlarang.
1. Nasi Lemak Restoran Syed
- Pada tahun 2004, aku makan nasi lemak di Restoran Syed. Sepatutnya, Restoran Syed Maju, pasal semua restoran mamak ialah restoran maju.
Selepas makan Nasi Lemak Restoran Syed, aku terus pening. Aku dapat rasakan badan aku seperti telah meneguk sebotol ubat batuk Bernadryl atau 'industrial strength' Dynadryl.
Tenaga aku semuanya hilang dan aku semakin rasa macam nak pengsan.
Aku berjalan terhuyung-hayang dan dengan bersusah-payah, aku balik ke apartmen aku di Kerinchi.
Masuk saja dalam rumah, aku terus pengsan di ruang tamu. Lima ribu tahun aku pengsan. Bila aku bangun, dah pun zaman dinosaur balik. Bintang kutub utara bukan lagi Polaris, tetapi bintang lain.
Kenapa? Aku fikir, Nasi Lemak Restoran Syed ada menggunakan benih poppy dalam sambal. Takpun, minyak cannabis.
Tak ada bahan lain yang membolehkan aku tidur melampaui masa macam tu.
2. Bebola Daging Ketiak
Pada minggu lepas, aku menemani ahli keluarga aku makan di sebuah restoran makanan Lubnan. Lebanon, kata omputih.
Restoran mahal. Makan buffet. Jadi aku pilih beberapa jenis humus, roti, nasi basmati kambing dan beberapa bebola daging.
Sebaik meletakkan bebola daging dalam mulut aku, aku menyesal lahir ke dunia.
Pasal bebola daging dia rasa macam ketiak.
Maksud aku, bau yang memenuhi rongga hidung aku ialah bau ketiak tak letak deodorant. Aku tak tau sama ada orang Lubnan pakai ketiak lembu untuk buat bebola daging atau lembu-lembu kat Lubnan tak pakai deodorant. Tapi hasilnya sama - bebola daging perasa ketiak.
Terlarang sebab rasa macam ketiak tak basuh.
3. Makanan Singapura
Pada tahun 2004 lagi. Aku dihantar ke Singapura berulang kali oleh editor aku. Apasal? Saja kot.
Aku pun makan makanan di Singapura. Terpaksa.
Hasilnya? Tak ada satu pun aku boleh rekomen di sini. Ada Mee Goreng warna oren. Apahal warna oren? Gila ke apa?
Mee Singapura? Amende tu?
Nasi Goreng SIngapura? Banyak sangat minyak.
Nasi Ayam Pecah Perang? Rasa macam Nasi Itik.
Bak Kut Teh? Eh...hahaha.
Terlarang sebab tak best. Kalau nak diet, pergilah Singapura.
4. Nasi Goreng Lipas
Kalau kau pergi Bangkok, makanlah di KFC, pasal semua KFC kat Bangkok pakai ayam halal.
Kecewa, aku pergi makan nasi goreng di tepi jalan. Nasi goreng seafood. BEST NAK MAMPUS. Nasi di Siam boleh dimakan begitu saja. Tak macam beras Siam di Malaysia yang baunya seperti telah dicurah sebotol minyak wangi, nasi di Thailand harum dengan bau semulajadi.
Apabila dicampur dengan SUPER Aji-no-moto dan udang segar, nasi goreng di Bangkok merupakan nasi goreng terhebat di dunia.
Terlarang sebab lepas aku makan, beberapa ekor lipas join sekali. Lipas pun sukakan Nasi Goreng Siam!
Kalau nak bertahan dari serangan bom nuklear dari US atau Rusia mahupun Iran, makanlah seperti lipas di Bangkok. Makanlah Nasi Goreng Siam.
Makan nasi Goreng Siam, membesar kuat, sihat, dan tahan radiasi.
5. Makanan Siam Segera Gelombang Aura Biru Nila Tak Terbatas
Entah kenapa, ada satu 7-Eleven untuk setiap 100 meter di Bangkok dan Phuket.
Kelainan 7-Eleven Thailand ialah wujudnya makanan segera gelombang mikro. Dengan memanaskan paket makanan segera tersebut dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 minit, kemudian 30 saat, maka pelanggan dapat makan apa saja dari wantan udang ke green curry chicken.
Tidak sama rasanya dengan kepercayaan makanan lambat, makanan segera ini masih mampu mengisi tengkolok dan tengkorak dengan keinginan untuk makan dengan banyak.
Terlarang sebab tak sihat.
6. Sayur-sayuran Cirit-birit
Beberapa minggu lepas, aku kena cirit-birit. Aku rasa lepas aku makan nasi goreng di kedai mamak yang sayurnya rasa pahit. Pahit mungkin sebab dia gunakan sayur tu untuk mop lantai.
Terlarang sebab boleh mengakibatkan cirit-birit.
7. Rendang Tok Hang
Selepas Hari Raya Aidilfitri 2006. Sunder ngengada nak makan makanan raya Melayu. Ko Chindian la, wei! Pergi la makan Cappati ke, tosai ke. Takpun Bak Kut Teh.
Tapi dia nak datang rumah aku untuk makan lemang.
Aku mana la boleh panggang lemang kat Pantai Hillpark. Kalau kat Kuantan, aku boleh tunjukkan teknik bakar lemang terulung!
Menggunakan tin minyak Cap Buruh yang dikerat menggunakan gunting besi, lemang direbus terlebih dahulu selama 6 jam sebelum dibakar selama 6 jam. Dengan ini, akan dapat lemang yang masak penuh, lembut di dalam dan mempunyai kerak yang nipis dan rangup, macam masakan Szechuan.
Tapi ini KL! Satu atau dua darjah sahaja atas dari Singapura.
Jadi aku beli lemang tepi jalan di Kerinchi. Sapu sekali semua rendang yang dia ada. Katanya rendang tok, tapi kepala hotak dia. Cuma dimasak selama 3 jam, rendang tok kepala atok hang macam tu?
Cakap je lah rendang ala-ala feeling-feeling.
Terlarang sebab dia tipu.
8. Cendawan Set Sarapan Alexis
Baru-baru ini, aku makan breakfast di Alexis Bangsar. Amat baru. Hehehe.
Terkejut beruk aku bila dia cakap Alexis menempatkan perokok di luar sebab amaran dari Kementerian Kesihatan untuk mengasingkan pelanggan tak merokok dan yang merokok.
Pelayan: Kami menempatkan perokok di luar sebab amaran dari Kementerian Kesihatan.
Aku: Racist! Racist! Oooh-oooh-oooh-aaah-aaaah-aaaaaah!
Takpe. Makan jelah.
Aku memilih set sarapan, memikirkan set ini sama tarafnya dengan set sarapan di La Bodega.
Jauh konek bapak kau dari puki mak kau.
Ya, ada roti bakar, tapi agak keras dan hangus. Ada tomato panggang, bukan tomato jemur (sun-dried tomato), baked beans yang agak okay, poached egg yang terlalu keras, sosej dan ham ayam Belanda, dan...kesalahan paling besar - cendawan panggang.
Cendawan panggang dia rasa macam rumah asap getah. Ya, aku dari kampung yang ada banyak pokok getah. AKu tau bau rumah asap getah macamana.
Tapi hidangan dia yang lain memang hebat. Set sarapan je kantoi.
Dan layanan yang terbaik di KL. Aku habis bateri, jadi diorang cajkan telefon aku. Servis yang mampu menitiskan air mata, pasal best. Jadi aku bagi tip bagus.
Tapi...set sarapan - FAIL.
9. Roti Tisu Air Mata
Semasa makan di sebuah restoran mamak, aku memesan roti tisu - sejenis variasi roti canai yang digoreng nipis dan rangup seperti kertas tisu goreng. Kadang-kadang ditambah gula dan marjerin.
Apa yang dia hantar? Roti canai biasa DAN tisu lap tangan. Rupa-rupanya, di sini, Roti Tisu dipanggil Roti KLCC. Mana senibina Islamiknya? Nampak macam piramid je, kalau orang mesir buat piramid bentuk kon.
Roti Tisu Air Mata sebab lepas dapat, aku terus menitiskan air mata.
Terlarang sebab nanti menitiskan air mata. Tak macho.
10. Roti Canai Plane
Ada satu restoran mamak berhampiran tempat aku tinggal sekarang, dalam menu ada Roti Canai Plane. Ya. Roti Canai Kapalterbang, atau Roti Canai Ketam Kayu!
Harganya pula berpatutan - 60 sen sahaja!
Memikirkan aku akan dapat roti origami berbentuk kapal terbang atau sekurang-kurangnya ketam kau, aku pun memesan hidangan ini.
Apa yang sampai sekali lagi mengecewakan - roti canai biasa! Mujur takde tisu tangan. Kalau tak, aku pasti menistiskan air mata lagi.
Terlarang sebab dia tipu. Takde kapalterbang pun?