Saturday, January 7, 2012

Saya Belia 4B

Sebagai Ketua Jejaka UMNO Cawangan Bangsar, saya ingin mengunjurkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak menyediakan langit yang cerah hari ini.

Saya yakin, kalau PM ialah saudara Anwar Ibahim, langit akan gelap dan kita akan dihujani bontot.

Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan rasa tidak puas hati pada Restoran San Francisco 1901. Francais ini telah mencabar kerajaan - jangan cabar kerajaan! - dengan meminta untuk menjual hot dog di mahkamah.

Saya ingin tanya Restoran San Francisco 1901 yang tiada wakilnya hari ini, kenapa sanggup menconteng arang di muka setiap warga Malaysia sebegitu? Makanan orang Melayu bukan hot dog, tetapi ayam goreng.

Saya tidak mendengar KFC meminta permit untuk menjual ayam mereka - makanan tradisi Melayu - di mahkamah. Kalau mereka boleh mengikut adat-resam kita, kenapa tidak awak? Sudahlah San Francisco itu bandar di Amerika. KFC tak ada pula meletakkan nama bandar asing dalam kedai mereka. Apa salah KFC?

Saya juga ingin menegur sikap sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekehkan dan mentertawakan laman sesawang Kementerian Pertahanan yang saya akui, tidak diterjemah dengan baik.

Tetapi, apalah implikasi negatifnya kalau kita mengikut perincian cadangan di laman sesawang tersebut?

Bapa saya membelikan saya baju cerpelai - baju kebangsaan Malaysia - sejak saya kecil, dan ibu saya membunuh musang di pagi Raya agar kami adik beradik dapat memakainya untuk pergi masjid, sembahyang raya.

Tuan-tuan semua tidak fahaaaam, niat kerajaan. Kerajaan berniat baik. Kerajaan seudah menyediakan kesemuanya - bekalan air, eletrik, pili bomba, sungai. Semua sudah ada.

Saya kesal dengan retorik pembangkang dan media alternatif yang hanya mewujudkan polemik picisan yang pincang. Mereka hanya tahu membangkang, tetapi tidak mentadbir.

Sebagai belia 4B, saya akan bermain bola selepas ini. Jadi, saya harap saudara-saudari sekalian fikir-fikirkanlah apa yang bakal kita gunakan sebagai wacana masyarakat hadhari madani, samawi majusi.

Sekain, terima kasih.