Tuesday, January 10, 2012

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Kitab Masakan Tempur

Ada kalanya, kita makan sebelum bertempur. Hidangan bertempur perlu menepati beberapa syarat:

1. Mesti tidak terlalu pedas, kelak hilang suara ketika bertempur.

2. Mesti tidak terlalu berminyak, kelak loya atau batuk semasa bertempur.

3. Mesti tidak membuatkan kita mengantuk semasa bertempur.

4. Mesti memberi tenaga dengan cepat, sebab pertempuran boleh berlaku bila-bila masa.

Oleh itu, masakan atau hidangan sebelum bertempur yang sesuai antaranya:

1. Ayam Goreng Kunyit Menunduk Naga

- Ayam yang dilumur kunyit dan sedikit garam sebelum digoreng. Pastikan minyak segar dipakai, sebab minyak yang dipanaskan kembali akan menyebabkan barah serta menjadikan ayam terlalu berminyak.

Suhu minyak mesti tinggi supaya senang menggoreng ayam. Kalau tak cukup tinggi, kelak ayam akan menyerap terlampau banyak minyak.

2. Roti Bakar Asura

- Roti bakar adalah pengganti nasi atau pulut yang boleh membuatkan pemakan mengantuk.

Sapuan pula mesti jem dan bukan mentega atau lepa susu. Gula dalam jem akan memastikan tenaga didapati dengan cepat.

3. Butterhead Lettuce Boddhisativa Pembuka Jalan

- Butterhead lettuce segar bugar dan menyegarkan ketika dikunyah. Memberikan kesan psikologi dan ideo-motor peringkat tinggi.

Jangan gunakan dressing melainkan cuka kayu balsam untuk mengelak rasa loya.

- Ditulis oleh Syaitan Pekerjaan.