Cepat la datang ambik aku. Hantar pergi opis, bangsat.
Aku tengah tunggu member aku hantar aku pergi office. Ada beberapa e-mail aku kena hantar pagi esok. Aku nak buat malam ni. Ada beberapa document aku kena check. Aku nak check malam ni.
Ada beberapa presentation aku nak check esok, aku nak buat malam ni.
Kan ke best kalau semua orang kerja malam.
Sementara menunggu ni, aku nak cerita pasal projek band aku. Kelapa Laut Afrika. Aku main kastenet. Medd, budak Bangsar yang suka tengok porn lepas tu kunci pintu, aku suruh jadi lead vocals. Jojoe, yang tumpang rumah aku tiga bulan, main tamburin.
Kitorang tak akan ada album, pasal susah nak jual dalam iklim dunia hiburan Malaysia yang macam hanjing ni. Kitorang juga takkan buat show memana. Tapi, Kelapa Laut Afrika akan ada t-shirt.
Album hantu pertama kitorang bertajuk Cap Ibu dan Anak. Album Inggeris hantu pertama tajuk dia Expectorant. Best-of collection ialah Bernadryl.
Single-single bertajuk Ibuprofen, Oxycodone dan Vicodin. Konsert hantu pertama bertajuk The Pseudo-epinephrine Tour. Fuh. Gila best.
Lepas tu, kami akan 'kembali' ke dunia underground walaupun tak pernah start kat situ dengan tour gig yang dipanggil Panadol Menstrual Tour.
Lepas tu, aku akan kick Medd dari Kelapa Laut Afrika dan ambik sorang penyanyi bertopeng yang aku akan namakan Mastectomy. Aku pun akan tukar nama aku jadi Pap Smear, dan Jojoe jadi Colonoscopy. Semua pakai topeng untuk menentang komersialisasi muzik dan dunia hiburan yang pentingkan imej.
Lepas tu aku akan keluarkan album hip-hop bertajuk Herpes Zoster. Dan follow-up bertajuk Anti-Retro Viral.
Best-of kedua bertajuk Salap Rimau. Album terakhir sebelum berpecah ialah Air Cap Tiga Kaki.
Selepas berpecah selama 20 tahun, aku akan menubuhkan Kelapa Laut Afrika semula dengan barisan ahli Human Papiloma Virus (Medd, lead vocals), Colonoscopy (Jojoe, tamburin), Pap Smear (aku, kastenet), Japanese Enciphalytis - betul ke eja ni? (Chee, tik tok), dan Buasir (Cheepork, backup dancer).
Kelapa Laut Afrika akan mengadakan tour UMNO yang dipanggil The Malay Malaise. Selepas itu, ke Taiwan untuk konsert sempena album Mandarin pertama Kelapa Laut Afrika - Chi Kit Teck Aun.
Lepas tu anak haram aku munculkan diri dan beromen dengan Ben Affleck dalam filem arahan Michael Bay.
Lepas tu aku gaduh dengan bini aku, dan Michael Jackson jual semua hakcipta lagu-lagu Kelapa Laut Afrika lepas kena saman lagi sekali.
Last-last, aku main bola untuk Palmeiras dan cakap aku dah score 1000 gol, walaupun baru main dua minggu. Tu pun jadi sub.