Sunday, March 30, 2008

Semusim di Syurga: Dilema Melayu

Aku seorang pelarian.

Aku tinggalkan rumah sejak umur 12 lagi, dan aku tak pernah balik sebagai pemastautin di Kampung aku, Kuantan, Pahang.

Aku lari dari ideologi bapak aku. Aku lari dari manipulation emak aku. Aku lemas. Aku rimas. Mak bapak aku cuba dengan sebaik-baiknya untuk menjadi Melayu yang baik. Muslim yang baik.

Aku buat semua yang sebaliknya. Aku lari dari identiti kemelayuan aku, dan juga dari warisan cina aku. Ya, bapak aku Cina, tapi dia jauh lebih Melayu dari aku. Lebih Islam. Sembahyang tak tinggal. Walaupun kena angin ahmar tiga kali, dia masih sembahyang lima kali sehari. Sambil hisap rokok kretek tiga kotak sehari. Cuma dia bukan pemalas je.

"Kalau tak kerja, sakit badan," dia selalu cakap, sambil meracun tanah satu ekar kat kampung aku - tanah aku - rokok cengkih kat mulut, halau nyamuk.

Aku pernah nak tackle seorang minah Melayu (satu-satunya). Awal-awal lagi aku cakap kat dia, "Aku bapak setan. Semua benda aku pernah buat. AKu tak consider aku Melayu. AKu nak blah dari negara ni secepat mungkin."

Masa tu, aku nak ambik offer UN, kerja kat Jerman, sebelum bapak aku sakit. Sebelum dia kena stroke kali ketiga. Sebelum aku buat keputusan untuk hadir semasa funeral bapak aku.

AKu bagitau minah tu pasal aku taknak langgar akta label dan tanda dagangan 1987. Aku rasa itu la nama akta tu. Aku tak suka menipu. Dan aku taknak dia hisap konek aku tanpa betul-betul kenal konek siapa dia hisap tu. Anak haram siapa yang dia kendong.

Infidel Inside.

Biasanya, bila ada benda aku tak suka, aku akan cuba untuk mendalami benda tu. Macam dangdut. Aku paling menyampah dangdut dulu. Lepas tu, aku download lebih kurang 3 gig lagu dangdut.

Jumpa jugak aku lagu dangdut yang aku suka.

Tajuk lagu: Mabuk Lagi
Penyanyi: Haram tak tau

Lelaki:
Duhai tunanganku,
sampaikan pada orang tuamu
Tahun depan ku melamarmu
Akan ku belikan kereta lembu!

teret teret teeeee

Perempuan:
Mabuk Lagiiiiii
Mabuk lagiiii
Judi lagiiiii
Judi lagiiii

kau bawa teman teman hai mabuk bersama muuuuuu
kau bawa teman teman hai judi bersama muuuuuu

Mabuk lagiiii
Judi lagiiiii

Ku tak mahuu terus beginiii

Putuskan saja hubungan, jangan lagi bertunangan
Ku tak mahu jadi isteri, kalau kau terus begini...



Lagu dangdut yang sesuai dengan jiwa aku! Dengan lirik yang agak dalam. Komentari sosial yang jarang didengar dalam lagu-lagu pop sampah yang lain. Ataupun lagu-lagu 'urban' yang buat aku nak muntah.

Eksperimentasi aku dengan dangdut meyakinkan aku sekali lagi yang bentuk serta medium tidak menjadi kayu-ukuran kepada ke-best-an sesuatu benda. Macam komik tak semestinya untuk budak-budak. Ada komik setan. Ada komik Yahudi. Komik itu luas. Begitu juga Dangdut. Begitu juga Melayu. Begitu juga Cina.

Ada ramai Melayu yang mabuk. Tak kisah la mabuk minum todi, minum Glenfidditch 50 tahun, minum tapai, minum ubat batuk, ambik crack, snort cocaine, inject heroin, isap ganja, loncat-loncat telan E, kena rogol lepas ambik GHB yang boifren bermisai dia letak dalam ice lemon tea.

Ada ramai Melayu judi. Masuk VIP room, letak 50,000 satu hand pasal duit rasuah, duit NEP, duit AP. Lepas tu kalah kat Cina.

Cina pulak, ramai tak reti cakap bahasa dia. Banana Chinese. Cina Kampung Pisang. ABC. American Born Chinese atau Air Batu Campur.

Cina perasan pandai pun ada. Ingat kalau ramai yang pandai dalam satu-satu kaum tu, semua pandai ke? Yang bodoh piang pun ada. Nak buat bisnes tak reti, aku yang separuh Melayu ni jugak la yang kasi tau camana. Customer tak layan betul-betul, camana nak buat bisnes?

Anyway, point aku ialah rupa, bentuk, DNA, atau medium itu tak penting. Penting masa nak sampaikan whatever, tapi lepas tu yang penting cumalah substance. Pengisian, kata orang Melayu.

Selama ni aku lari dari bentuk dan rupa kaum Melayu tu. AKu lari dari bapak aku pasal aku tak suka bentuk pemikiran dia sangat. Bukan apa yang dia fikirkan. Bukan niat dia yang aku lari daripada.

Pasal bapak aku hebat. Kampung aku tu, dia yang bukak, pasal dia rasa bodoh duduk berkampung tepi sungai dan kena banjir tiap-tiap tahun. Dia jumpa Menteri Besar Pahang, lepas tu bukak kampung aku tu tahun 1978.

Dia tak dapat apa pun yang special. Dia bukan penghulu, dan masa tu bukan ketua kampung. Dia cikgu. Cikgu zaman dulu. Bukan macam cikgu zaman sekarang.

Dia bukan politician, tapi dia cukup sayang negara ni, dan juga parti politik dia - UMNO. Pasal orang UMNO zaman dia hebat-hebat. Tak macam orang UMNO sekarang.

Aku dengar cerita, Tunku dulu minum dan judi. Habis Elvis Presley la dia - Eminem zaman dedulu, kepada sesiapa yang tak tau. Jangan terperanjat kalau ada.

Bapak aku lahir sebelum Perang Dunia Kedua. Dia hidup masa Emergency, perang anjing berlari. Dia ada kotak peluru askar British yang sekarang jadi tin spana, tempat dia simpan alat-alat dia.

Dia pernah ada Kukri blade, tinggalan askar Gurkha. Dulu sembelih orang, sekarang sembelih ayam je Kukri blade tu. Tapi biasanya bapak aku tak sembelih ayam. Pasal aku syak dia takut orang taknak makan sembelihan manusia berdarah Cina walaupun dia jauh lagi alim dari pak imam PAS/PIS-M kampung aku yang waktu muda remajanya panjat dinding rumah orang pasal nak mengendap orang beromen. Atau nak rogol.

Mak aku pulak anak campuran Bugis dan Arab. Bugis Pekan, walaupun dulu dia duduk Jerantut. Datuk Seri Najib Tun Razak tu dua pupu dia. Tun Razak tu sepupu datuk aku. Masa nak merdeka dulu, datuk belah mak aku pergi kempen sekali dengan Tun Razak. Lepas dah tubuhkan kerajaan, datuk aku tolak semua jawatan kerajaan kecuali jadi ketua kampung kat Tebing Tinggi.

Sebelum jadi Perdana Menteri, zaman kecoh-kecoh dulu, Tun Razak pergi jumpa datuk aku dulu.

Datuk aku meninggal lepas makan tiga ekor ayam panggang.

Masa tu aku 15 tahun. Satu-satunya benda yang aku simpan dari dia ialah sebilah lembing. Lembing betul, bunuh orang punya lembing. Sekarang bunuh biawak je. AKu simpan dalam bilik aku. Aku selalu ada mimpi bunuh rimau pakai lembing tu dan jugak pakai parang. Lembing tangan kiri, parang tangan kanan. Cucuk tekak rimau pakai lembing, pin dia dekat tanah, lepas tu pancung kepala dia.

Lepas tu menjerit macam orang gila. Best.

Anyway, point aku ialah, it doesn't matter what the form is, what the medium is, or how it looks. At the end of the day, cuma niat dan hasil yang penting. Aku selama ni lari dari bentuk dan rupa. Sampai masanya aku fokus kat benda lain pulak, macam skrip filem yang aku nak siapkan malam ni jugak.

Tu je lah benda aku nak cerita. AKu nak tidur ni, kejap. Malam ni aku sibuk. Petang ni pun aku sibuk. Esok lagi la maha sibuk.