Wednesday, October 28, 2009

I Artis!

I artis! Artis, tau!

Hari ni, aku pergi ke pelancaran filem pertama yang aku tulis. My Spy. Satu filem komersial arahan Afdlin Shauki, terbitan KRU.

Aku tak tidur malam sebelumnya, tapi aku gagahkan jugak. Takkan tak support filem sendiri.

My Spy mengisahkan satu odd-couple - AJ dan Salleh, lakonan AC Mizal dan Harun Salim Bachik (!) - yang berangan menjadi penyiasat persendirian.

Diorang diupah oleh seorang Datin untuk menjejak bakal bekas suaminya - Datuk O - untuk mendapatkan bukti dia main kayu tiga.

Malangnya, mereka terjerumus dalam sindiket pencuri seni yang telah mengambil lukisan Elephant in Repose bernilai RM40 juta.

Cerita ni, cerita kelakar.

Dua tahun lepas, masa aku diminta untuk menulis skripnya, aku buat sebagai homage kepada filem-filem komedi Hong Kong tahun 80an. Macam Aces Go Places, Tricky Master, etc.

Lepas dah siap, aku dapat tahu KRU ambik Afdlin jadi pengarah. Aku pun terus rasa lega dan serahkan semuanya kepada Afdlin.

Kerja dan tanggungjawab aku ke atas My SPy sebenarnya berakhir sebaik sahaja skrip diberi kepada Afdlin.

Aku ada jumpa dia tiga kali, pasal skrip. Lepas tu, dia terus ambik dan garap ikut pengalamannya sebagai pengarah terbaik Malaysia, kalau diikutkan FFM yang lepas (untuk Papadom).

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah dua orang yang lawa: Hannah Tan dan Carmen Soo. Daphne Iking pun ada.

Aku tengok trailernya tadi, dan nampak okay. Aku bukan buat Fargo, atau Amistad. Aku buat filem yang komersial, yang aku rasa ramai orang boleh enjoy. Eh, sorry, enjoys.

Masa trailer dimainkan, ramai jugak yang gelak, jadi itu satu petanda baik.

My Spy akan ditayangkan pada 3 Disember, 2009.

Aku tak boleh nak tulis kat sotkabar, jadi aku tulis kat sini je lah.

Ini sebenar-benarnya adalah filem pertama yang aku tulis skripnya. Ada beberapa lagi akan masuk panggung tahun depan.

Tahun depan, kalau boleh, aku nak start tulis skrip untuk filem yang aku nak arah sendiri, bersama dengan satu-satunya pengarah yang aku tahu adalah antara yang paling hebat di Malaysia, tapi tak pernah mengarah filem lagi.

Jenguk-jenguklah My Spy, ya?